Bekas-bekas tentera British kini berpersatuan

Sumber :Utusan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
CHE Onn Neamat (dua dari kanan) bergambar
kenang-kenangan bersama ahli-ahli
Persatuan Bekas Askar British, baru-baru ini.
DIANGGARKAN ribuan rakyat Malaysia pernah berkhidmat dengan tentera British sebelum perkhidmatan pasukan itu dibubarkan sepenuhnya pada tahun 1972.
Mereka merupakan anggota yang ditugaskan dalam bahagian-bahagian tertentu khususnya dalam bidang teknikal seperti Kejuruteraan Elektrik Mekanikal Diraja dan Semboyan Diraja.
Justeru, selepas pembubaran pasukan tersebut, sebahagian besar anggota tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai anggota tentera sebaliknya mereka bekerja di syarikat swasta seperti syarikat automotif dan telekomunikasi.
Menurut Presiden Persatuan Bekas Askar British, Che Onn Neamat, 68, secara umumnya bekas anggota tentera British pada masa itu tidak menghadapi masalah mendapat pekerjaan kerana mereka mahir berbahasa Inggeris selain berkemahiran dalam bidang teknikal.
Bagaimanapun katanya, terdapat juga antara mereka meneruskan khidmat sebagai tentera dengan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebaik sahaja khidmat pasukan tentera British ditamatkan.
”Saya sebagai contoh. Apabila menamatkan perkhidmatan dalam tentera British saya telah bekerja sebagai pengurus di salah sebuah syarikat automotif luar negara yang berpusat di negara ini.
”Disebabkan masing-masing mempunyai pekerjaan hidup, kami sentiasa terurus kerana kami menerima gaji setiap bulan,” katanya.
Kini kata Che Onn, mereka yang masih hidup rata-ratanya berusia 65 tahun dan ke atas dan ada juga antaranya sudah meninggal dunia.
”Mereka yang memilih untuk tidak meneruskan khidmat sebagai tentera seperti saya kini mula terasa perit kerana kebanyakan kami tidak menerima pencen. Lebih perit lagi jika kita ada penyakit.
”Atas sebab ini saya dan beberapa rakan mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Bekas Askar British pada Mei lalu bagi tujuan menjaga kebajikan,” katanya ketika ditemui di kediamannya, baru-baru ini.
Che Onn menceritakan memang pada asalnya pihak tentera British telah meminta bekas anggota mereka menyertai Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) selepas pasukan itu dibubarkan.
Namun begitu beliau berkata, tidak ramai antara rakan-rakannya menyertai PBTM kerana mereka lebih menumpukan kepada kerjaya masing-masing selain timbul persepsi menyatakan bahawa PBTM hanya untuk tentera Malaysia sahaja.
”Kini perkara itu tidak lagi timbul kerana kita baru sahaja menubuhkan Persatuan Bekas Askar British,” katanya.
Dalam perkembangan sama beliau berkata, persatuan tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia dan kerajaan British.
”Saya sendiri telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia dan British. Alhamdulillah kedua-dua kerajaan mengiktiraf penubuhan persatuan ini,” ujarnya.
Beliau juga berkata, tidak ramai bekas tentera British atau balu-balu mereka yang mengetahui bahawa Jabatan Hal Veteran ATM telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk bekas askar British.
Katanya, antara kemudahan itu ialah rawatan perubatan secara percuma termasuk rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
”Saya sendiri pernah melalui satu pengalaman yang mana saya sepatutnya membayar RM20,000 kepada IJN kerana menjalani pembedahan jantung. Kejadian ini berlaku tahun lepas.
”Bagaimanapun sebelum membuat pembayaran saya merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan dan mereka menyatakan yang saya layak mendapat rawatan percuma,” katanya.
Beliau berkata, sememangnya bekas tentera British tidak menikmati rawatan percuma sebelum ini tetapi kerajaan telah mengubahnya beberapa tahun lalu bagi membolehkan golongan itu turut menerima kemudahan yang sama.
”Saya percaya ramai bekas tentera British dan balu-balu mereka tidak mengetahui kemudahan rawatan percuma yang disediakan oleh kerajaan ini,” katanya.
Mengenai aktiviti yang dirangka oleh pihak persatuan, Che Onn berkata, pihaknya kini dalam usaha menjejaki bekas-bekas tentera British yang berada di seluruh negara.
”Setakat ini kita telah pun mempunyai 200 ahli dan kita sedang berusaha memperbanyakkan lagi jumlahnya,” katanya.
Mengenai kerjayanya sebagai tentera British, Che Onn yang berasal dari Melaka berkata, beliau memulakan karier seawal usia 16 tahun apabila menyertai pasukan Rejimen Artileri Diraja British di Singapura pada tahun 1957.
Beliau kemudian ke Hants, England bagi melanjutkan pengajian dalam bidang elektrik dan kejuruteraan mekanikal sehingga tahun 1969.
Apabila pulang ke tanah air, pihak atasan telah mengarahkannya menyertai bahagian teknikal tentera British.
”Tugas utama saya ialah membekal barang-barang teknikal dalam setiap operasi ketenteraan. Ketika itu berlaku konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia.
”Walaupun saya tentera British, saya dan rakan-rakan mempunyai semangat patriotisme yang cukup tinggi kerana Malaysia merupakan tanah tumpah darah dan negara kami,” katanya.
Che Onn berharap, bekas anggota tentera British dapat menghubunginya di talian 012-6590136 dalam usaha untuk meningkatkan jumlah keahlian persatuan tersebut.
About these ads

25 Responses

  1. Sallam..
    Ayah saya Hj.Hashim B Bachee adalah seorang veteran Askar British di Singapura hinga tahun 1968.Saya sendiri lahir di sana sewaktu ayah saya berkhidmat dengan Askar British.
    Sekarang ayah saya berumur 77 tahun dan alhamdullillah masih sihat dan cergas.Saya ada menceritakan artikel ini kepada beliau dan beliau sangat teruja untuk menyertai persatuan ini untuk mencari bekas rakan-rakannya dahulu.
    Bagaimanakah caranya dan adakah persatuan ini mempunyai website untuk pendaftaran ahli..
    Terima kasih..

    • saudara boleh berhubung terus dengan che On melalui no telepon yang tertera di dalam artikel di atas. terima kasih

  2. Ayah saya bekas tentera British di Singapura 1950-1960. telah meninggal dunia 22.7.2002. Ibu masih hidup. Adake cawangan Persatuan ini di Selangor? Ayah memang masuk persatuan bekas perajurit Selangor adakah ianya bertindan?

    • saudara nor alias. saya pun kurang pasti ada berapa cawangan persatuan bekas tentera british di malaysia. apapun saudara boleh rujuk dengan che on melalui no telepon yang diberi dalam artikel diatas.terima kasih.

  3. assalamualaikum
    saya bagi pihak bapa saya ingin tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi bekas askar british. bapa saya telah berkhidmat sebagai askar british selama 19 tahun dan buat masa kini menetap di kampung tanpa pencen.

  4. Encik razak dinasihatkan membawa semua dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan perkhidmatan bapa kepada pejabat ini di Wisma Pahlawan, Alor Setar supaya pihak PBTM Kedah akan salurkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

  5. salam 1 malaysia.saya salah seorang anak bekas tentera yang berjuang mementang kominis tahun 1952.ayah saya berkhidmat dalam angkatan tentera pada 14.8.1952 dan sekarang masih sihat tetapi ayah saya mengalami kecacatan pendengaran akibat menentang kominis dan sekarang tidak mendapat apa-apa bantuan dari pihak kerajaan..

  6. Maklumat-maklumat peribadi Bekas Tentera British (Singapore).
    AWANG B. MAT ISA
    MYA/18108723 CPL
    UNIT 32 REGIMENT RCT
    SINGAPORE

    Berkhidmat: 7.9.1950 – 6.9.1968

    Tarikh Lahir: 29/3/1930

    Alamat Sekarang: GR 48 Kpg Ujung Matang, 34750 Matang, Taiping, Perak.

    No Tel: 017-5068982

  7. Saya adalah sekretariat Kelab Bekas Tentera British Malaysia (KBTBM) iaitu sebuah Kelab Sosial yang ditubuhkan untuk bekas-bekas Tentera British Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 12 April 2007. Kelab sosial ini diketuai oleh Presiden Dato’ haji Rahmat Ismail dan mempunyai ahli berdaftar seramai 408 orang. Melalui Mesyuarat AJK pada 23 Februari 2011, AJK telah mencapai kata sepakat untuk berbincang dengan Presiden dan AJK PBAB dengan tujuan menggabungkan KBTB dengan PBAB.

    Dengan tujuan utama untuk penguatkan persatuan dan kebajikan bekas-bekas Tentera British di Malaysia, Presiden dan AJK KBTB sanggup membubarkan Kelab ini dan semua ahli-ahlinya diserapkan ke dalam PBAB demi kebaikan.

    Presiden dan AJK KBTB berharap akan mendapat persetujuan dari Presiden dan AJK PBAB untuk perbincangan.

    Sekretariat KBTB . Kapt Hj. Zukree Ismail (No. Tel : 019-2156560)

  8. Datuk saya adalah bekas Askar British dengan NO.Tentera 900782 dan berpangkat sebagai Prebet.Berkhimad dari 31.5.1957 sehingga 28.9.1959.Yang menyedihkan sehingga kini sangat susah bagi beliau untuk mendapat sebarang bantuan yang dipohon dan diperlukan.Untuk pengetahuan pihak tuan,beliau telah berumur melebihi 84 tahun.

  9. Salam. Bapa saya juga bekas British Army di Singapore sehingga 1974. Sekarang berumur 76tahun dan masih sihat. Beliau telah kehilangan kad bekas tentera. seingat beliau no daftarnya ialah 113 semasa menjadi ahli di KL. Bagaimana nak dapatkan kad kerana nak memudahkan beliau ,mendapatkan rawatan di klinik dan swasta. Sekian terima kasih.

  10. saya ingin mencari seseorang yang bernama Sgt A Manap B Ahmad Malaya H G…beliau adalah seorang penerima pingat/medal ELIZABETH II DEI GRATIA REGINA F.D…kepada yang mengenalinya atau warisnya sila hubungi saya melalui no.hp:019-786-3647

  11. saya SHARIFUDDIN HARAHAP ada lah anak saudara kpd Bekas Askar British di Singapura HJ MEK BIN HUSIN.KOR SPORE GUARD RGT. Beliau telah meninggal dunia tahun 2005. saya dapati beliau telah menjadi ahli bekas askar britisa.saya helo tn hj che on….tak penah berjawap.saya nak enquiry pasal KHAIRAT KEMATIAN. TUAN HJ TOLONG KOMEN hajat saya ni ya. atau koll mak sedara saya pn embam said di kg pulai merlimau melaka. 06 2619150 salam.

  12. Untuk mendapat jawabpan segera sila hubungi Che Onn 012-6590136,atau tulis surat kpd PBAB,Peti Surat 35,Gombak,53800 K L,atau email:: onn1941@gmail.com. Bekas tentera British yang tidak berhidmat mana-mana angkatan tentera selepas berhenti daripada tentera British termasuk balu-balu mereka layak untuk menjadi ahli dan boleh memohon untuk mendapat pertimbangan bantuan,termasuk yang tinggal di-Singapura.Wassalam

  13. Assalamualaikum,

    Pada 19hb. Nov, 2011 ( semalam ) telah berlangsung satu majlis perjumpaan bekas askar melayu biritsh yang berpengkalan di Singapura.

    Pada majlis tersebut, saya tidak nampak fungsi sebenar semua bekas-bekas tentera mel;ayu british dipanggil untuk menghadirinya. yang saya nampak mereka datang dari serata pelusuk dMalaysia semata-mata atas undangan surat yang dihantar.
    Datangnya mereka dengan HARAPAN agar ada sesuatu yang menarik yang hendak diberikan tetapi HAMPA ianya TIADA PADA SEMUA hanya pada orang tertentu sahaja sehinggakan profil Persatuan pun dijual dengan harga RM5.00 senaskah. Tahukah Tuan bahawa ada mereka yang datang bersusah-payah dan ada yang hanya bawa wang hanya secukupnya sahaja demi panggilan keramat ini.
    Majlis ini amat menducitakan pada kebanyakan yang hadir termasuk ayah saya yang berkhidmat dengan tentera British lebih 14 tahun.

    Sepertimana yang kita tahu mereka yang berkhidmat dengan tentera pada ketika itu mengangkat senjata untuk menentang musuh negara yang nyata ganasnya dan mempertahankan kedaulatan bumi yang dipijak dan berbeza pada zaman kini dimana mereka yang memasuki tentera untuk mempertahankan jika ada musuh yang cuba menganggu gugat negara dan kerkhidmat dalam bidang-bidang tertertu seperti teknikal, pengurusan atau logistik dan lain-lain.

    Ini menunjukkan betapa peri pentingnya mereka diberi penghargaan dan Kerajaan juga harus bertanggungjawab membela mereka rata-rata apa yang saya lihat semasa kehadiran sebentar saya disana tidaklah tergolong daripada orang yang berpendapatan senang.
    Kedatangan mereka iaitu Ahli-Ahli Bekas Askar Melayu British dengan keadaan uzur dan hanya tunggu masa untuk menjadi ahli kubur hanya mengharapkan ihsan dari mana-mana pihak agar nasib mereka terbela namun seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk kepentingan sesuatu.

    Perlu diingat, kebanyakan mereka berumur antara 75 tahun ketas ini adalah orang yang hanya mengharap dibantu dan mereka tidak tahu jika ada pihak-pihak tertentu cuba untuk memunipulasikan sebarang bentuk bantuan yang ada dan keprihatinan pihak Kerajaan yang melaung-laungkan bantuan untuk warga emas terutama mereka yang banyak berjasa berjuang untuk negara kita Malaysia.

    Saya pohon maaf Tuan jika komen saya salah tetapi saya bapa saya dan kawan-kawan sekampong dengannya bertujuan masuk tentera british dulu dan banyak lagi perkara-perkara sedih, pilu dan pahit harus dikongsi dan perlu diceritakan.

    Cukuplah setakat ini, sebahagian sahaja komen saya untuk tindakan Tuan yang jujur yang amat diharapkan.

    Berilah mereka kemudahan berurusan dan bantulah mereka dengan sejujurnya sempena mengingati perjuangan suci mereka. Mereka dah tua dan uzur. Jika A kata persatuan maka A lah kata mereka dan jika C.B.A bukan A.B.C kata persatuan pun mereka akan patuh.

    Sekian Terima Kasih.

    Abd Rahman Yusof (Anak Bekas Sarjan mejar Yusof bin Kassim – 0132606194)
    Tel: 0193030030

  14. Salam semua..saya mewakili bapa saya ingin mengetahui kedudukan bapa saya yg berkhidmat dengan Tentera British sebagai Auxillary Police bernomber no.M 377.Beliau berkhidmat di RAF Seletar,Singapore dari tahun 1947 shingga 1971.Adakah beliau layak mendapat apa2 bantuan dari PBAB yang telah ditubuhkan ini.

    Tuan boleh hubungi beliau di

    ABU ZARIM B.YUSOF
    No.6.Kampong Mertang Seberang(Galau)
    Sri Menanti 75000,Negeri Sembilan

    Tel:064979968

  15. Ayah saya Sidek bin Tarom pernah menjadi anggota Tentera British sekitar tahun 1952 sampai 1959 yang ketika itu berkhidmat di Singapura dalam unit Royal Signal 18106017.Kini beliau menetap dengan saya di Rumah Pengurus, Felda Sg Klah,Sungkai.Persoalannya adakah sebarang bentuk imbuhan yang layak beliau perolehi kerana sehingga kini beliau tidak menerima sebarang bentuk apa-apa bayaran dari pihak berwajib.

  16. Arwah ayah saya juga merupakan ATB 1951-1960 unit Royal Signal (18105539) Mungkin Tuan Sidek bin tarom mengenalinya. mungkin ada yang lain mengenalinya. Emak saya Esah bt Sharif dan berasal dari Negeri sembilan. sila respon untuk sambung silaturrahim.

  17. Tuan Onn tahi minyak apa yang engkau main ini.kita semua bekas tentera britis Singapora LEP,dlm golongan KTM,banyak komin dan komplain dari anak2 kita terhadap perjumpaan yang angkau anjur tidak mencapai matlamat,disabalik kepentingan diri kau,dan kuncu kuncu kau.hai tak habis habis nak mencari nama hingga nak mati pun tak puas beperangai diNAFFI Alekzanda Singapore.Aku banyak sangat mendangar tentang kumpulan yang mengaku nama Bekas LEP.malulah.aku nasihatkan bobarkan persatuan kau ini dan jangan pakai Nama Bekas tentera Britis lagi.ALLAHUAKBAR>AMIN

  18. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ,, terima kasih admin yang sudi buat website utk PERSATUAN BEKAS ASKAR BRITISH ,, sy merupakan anak kpd salah seorang bekas anggota ROYAL SIGNALS, sekarang ayah sy berusia 72 tahun , alhamdulillah masih sihat dan sekarang menetap di Kelantan , detail tentang ayah sy ,

    Maklumat-maklumat peribadi Bekas Tentera British (Singapore)
    MD ZAIN BIN YAHYA
    MYA / 18191762
    UNIT 19 TH SIGNAL REGIMENT
    CHANGI, SINGAPORE

    BERKHIDMAT 02 JUN 1961 – 13 SEPT 1971

    ALAMAT SEKARANG ; NO.123, JLN MELOR, 16450 KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN.
    NO.TELEFON ; 0199630194 @ 097886516

    sy mohon kpd admin atau Pengerusi persatuan ini ,, sekiranya ada sebarang info atau maklumat boleh menghubungi ayah sy sdr … kerana beliau sgt teruja utk menyertai perstuan ini dan mengeratkan silaturahhim dengan kawan-kawan beliau ,, yang tlh sama-sama berkhidmat d sana ,, sekian terima kasih wassalam

  19. Encik dulu duduk di teluk paku ke

  20. salam ayah sy razali b osman adalah bekas raf di singapore sy pun l dilahir sana dlm surat beranak sy tercatit alamat 799- rm4- seletar rd-qra-raf kalau x salah no ten 7071145

  21. salam ayah sy razali b osman adalah bekas raf di singapore sy pun l dilahir sana dlm surat beranak sy tercatit alamat 799- rm4- seletar rd-qra-raf kalau x salah no ten 7071145 dokemen dia hilang semasa balek dari singapore mcm mn nak daftar jd ahli btb

  22. salam,maaf menganggu, ayah saya bekas perajurit. Saya ada persoalan nk bertanya : adakah bantuan membina rumah disediakan kepada bekas perajurit Malaysia. Saya difahamkan ada bantuan untuk membina rumah untuk bekas perajurit. Mohon penjelasan. Sekian terima kasih.

  23. Assalam, arwah ayah saya Talib Bin Omar, berasal dari Kedah, salah seorang yang berkhidmat di Singapore, pernah menetap di Barrack Alexandra. Saya mencari rakan ayah saya untuk membuat satu temubual, berkaitan penugasan beliau. hubungi saya 017-6627969 Cheras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: