Askar Wataniah dibayar elaun bukan pencen

Sumber: Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Anggota angkatan sukarela atau dikenali sebagai Askar Wataniah yang dikerah berkhidmat sepenuh masa hanya layak dibayar Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM) bukannya pencen dan ganjaran perkhidmatan.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan, angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa di dalam jawatan tetap iaitu sekurang-kurangnya 21 tahun dan kemudiannya diserap ke dalam angkatan tetap boleh diberi pencen dan ganjaran perkhidmatan.

“Kebenaran pemberian pencen dan ganjaran perkhidmatan kepada angkatan sukarela itu perlu mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas siaran akhbar Selasa lalu iaitu bekas Askar Wataniah yang berkhidmat sepenuh masa selama lebih 21 tahun bakal mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju membayar tunggakan pencen mereka.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, peruntukan yang diluluskan tahun lalu itu akan disalurkan kepada mereka yang terlibat mulai tahun ini.

“Pemberian pencen ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan membantu dan menghargai jasa bekas-bekas Askar Wataniah yang berkhidmat secara sepenuh masa mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Sehubungan itu, saya menyeru mereka yang layak supaya tampil mengemukakan permohonan beserta dokumen lengkap bagi memudahkan proses tuntutan,” kata Muhammad.

JHEV turut berharap agar pihak-pihak tertentu tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat selepas ini

About these ads

One Response

  1. PESARA ATM said…

    Dalam hal ini, PBTM tidak harus dipersalahkan kerana kenyataannya yang tidak tepat. Ini adalah kerana PBTM selalu bergerak mendahului JHEV. Apa kata JHEV pula mendahului PBTM….tentunya kenyataan yang tidak tepat ini tidak berlaku. Ini adalah merupakan sindiran terhadap JHEV. Oleh kerana JHEV selalu bergerak mengikut jalan2 yang telah disediakan (penyalur)…… JHEV disarankan agar meneroka peluang-peluang ke arah memartabatkan taraf kehidupan Veteran ATM. Saya cadangkan agar PBTM tolong fikirkan untuk JHEV dan beri cadangan kepada JHEV untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi Veteran ATM.
    February 12, 2010 1:45 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: