Askar minta dibela

Sumber Forum utusan 30 jun2010

DESAS-DESUS mula kedengaran di kalangan bekas tentera (skim tidak berpencen), lebih kurang 100,000 orang atau lebih akan beralih angin dalam PRU-13 kelak.

Ini bukan satu ugutan kepada kerajaan BN, tetapi jika tidak ditangani ia akan menjadi satu hakikat. Selama ini kami sentiasa menurut perintah semasa dalam perkhidmatan sehinggalah bersara.

Kepada siapa lagi untuk mengadu segala rintihan juga keluhan yang ditanggung selepas berhenti daripada tentera kalau bukan kepada kerajaan.

Kami juga adalah sebahagian daripada kakitangan kerajaan semasa dalam perkhidmatan 10 tahun, 15 tahun dan 18 tahun cuma khidmat kami tidak sampai 21 tahun untuk ke tahap berpencen.

Skop kerja kami juga berlainan dengan lain-lain penjawat awam kerana kami sentiasa bermain dengan senjata.

Penjawat awam dapat berpencen sehingga umur 56 tahun dengan bekerja tanpa sebarang senjata.

Kami berhenti dari perkhidmatan sebab tamat tempoh.

Sebab-sebab lain (selain tempoh tamat), kami tidak menyambung lagi perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • Sakit kronik (sawan, gila babi, sakit jantung, paru-paru, darah tinggi, kencing manis).
  • Cacat kekal (mata buta, kaki kudung, tangan kudung, hilang jari, masalah pendengaran (pekak), sakit dalaman).
  • Tekanan perasaan melampau.
  • Masalah keluarga.
  • Masalah sakit kekal disahkan oleh doktor perubatan.
  • Selain masalah di atas, ramai yang lari dari perkhidmatan tanpa dapat dikesan oleh pihak atasan.

    Rata-rata mereka kini yang masih hidup sudah menjadi warga emas 60 tahun ke atas dengan kehidupan tidak seberapa tanpa sara hidup (berpencen) untuk survival sebelum menyahut seruan Ilahi.

    Untuk memberi pencen kepada golongan ini pun cukup riuh-rendah dalam Parlimen dengan terlalu banyak kerenah birokrasi.

    Jika tiada kepada golongan kami ini pun, anggota keselamatan yang masih berkhidmat akan menjadi seperti kami juga akhirnya.

    Jika tidak diselesaikan sekarang, masalah itu tidak akan selesai. Renung-renungkanlah.

    SKOT SEKUPANG

    About these ads

    16 Responses

    1. terima kasih admin kerana lampirkan rungutan sahabat kita ni ke dalam blog yang mana lebih luas perbincangan 2 hala.

      salam skot sekupang. Kalau ye pun nak menuntut, jangan la sampai mengugut plak hahahaha…. JHEV dan PBTM kan ada. Bawa la berbincang dengan depa….. Itu la dulu masa dalam service hangpa kata pegawai tu palat, encik tu bodoh dan macam2 lagi la…. kata hangpa lagi, balik kampong tanam jagong lagi bagus. Kerja kilang pun gaji lagi mahal dan macam2 lagi lah kondem hangpa. berenti 18 dapat duit banyak!!!…. memang banyak pun. Sekarang apa sudah jadi?. Cuba perhatikan kawan2 yang cool dalam service dan berenti pencen. Depa relax je tak la gelabah sangat. Bukan banyak duit tapi bila ada pencen tu tak la nak mengharap ihsan orang… Memang betul lahkata perpatah : dah terantuk baru tengadah”…
      Aduhai… buat malu skot je hangpa ni…

      • Saya salah seorang dari beratus bekas tentera yg tak berpencen….saya berenti 19 tahun…bukan mengada tapi dah terpaksa kerana penyambungan ke 21 tahun tak di luluskan…sebab…BMI lebih…bayangkan 2 tahun lagi nak pencen tapi tak kesampaian….persoalannya kenapa ade org yg lebih gemuk boleh diluluskan, boleh naik pangkat?…mestikah menipu utk dpt pencen,sedang itulah rezeki yg nak bagi makan anak bini…apa hukum menipu timbangan berat badan @ BMI kerana nak dpt pencen? Tak ade belas kasihan dari pihak pengurusan…so pada yg dapat pencen sama ada benar2 layak atau menipu jgn cepat mengutuk org yg tak sampai 21….

    2. Bukan semua berhenti 18 kerana duit tapi kerana keadaan memaksa , ini lah cerita saya masuk askar umur 18 tahun keluar askar pun 18 tahun, mula masuk tugas sebagai perkerja stor dulu 1 stor 3 crew tapi lama lama dah masuk 10 tahun orang dah tak minat masuk askar mulalah kerja banyak jadi terbalik pulak 1 crew 3 stor buat kerja seorang saja dapat pulak stor besar seperti perabut, peralatan G10 dan FAMTO (kenderaan) bila odit,semak stok dan civ pecah kepala sampai deman seminggu kalau pegawai lain lah cerita tapi hanya kpl saja, bila pergi mesyarat KM saya sorang saja kpl yang lain kapl/mej depa makan saya makan depa ketawa saya ketawa bila makan berdiri tepi dinding faham faham sajalah , kalau anda apa macam boleh tahan ke ke ke kadang kadang macam depa ambil kesempatan atas kerja kita maklumlah pangkat kpl kerja macam pegawai. Pegawai atas bukan tak ada tapi bila ada apa apa depa dulu cuti sakit . Bila saya nak berhenti dah fikir panjang sama isteri siap beli rumah pinjaman kerajaan laaani buat pernigaan keci boleh lah cari makan sara anak bini. Tapi kalau saya jadi pak pacak saya berhenti 22. terima kasih buat renungan.

    3. saya berpangkat sarjan dan akan berpencen 21 tetapi saya rasa terseksa menunggu pencen sbb tentera sekarang bukan mcm dulu… saya syukur tentera juga beri keselesaan kepada saya dan keluarga juga dapat bantu org tua tetapi keadaan sekarang dah berubah. saya setuju dulu 1 krew 1 tugas. tapi sekarang 1 krew 4 tugas serentak mcm mana nk laksanakan tugas dgn berkesan. cukup seksa menanti 21 tahun

      • salam arts… saya nasihatkan saudara sabar sampai pencen. Kata orang pelan-pelan kayuh. Tak lama… masa peralihan ambil lah apa-apa course kemahiran untuk bekal masa sunyi. boleh jugak buat tampong pencen…

    4. Syabas saudara arts anda seorang yang sabar, selain perniagaan peruncitan saya juga buka kopitiam diantara pelangan ramai askar pencen rata rata mereka ini lah yang paling ramai merungut, ada juga yang menyalak nyalak sebab dulu rsm tak puas menyalak pakai sekejab terus pencen, pencen dulu tat sama sekarang dulu pencen rm300-rm400 saja, rata rata ada pinjaman perumahan apabila ditolak tinggal rm150, sekarang pencen 720 tolak lagi tingal rm350 ini sudah sama taraf bantuan JKM dan bawah paras kemiskinan inilah kerajaan patut tengok, anak askar baru nak masuk u lagi banyak pakai duit nak tunggu akta veteren duk tunda tunda. apa apa pun berhenti awal atau pencen sama sahaja janji kita pandai atur dan rebut peluang yang ada.

      • saya setuju dengan tuan. zaman sekarang rasanya tak perlu menyalak tak tentu pasal. Ada peluang buatlah apa2 yang boleh mendatangkan hasil mengikut kadar kemampuan masing2. Hidup perlu diteruskan. Bersuara (jika perlu) biarlah kena dengan saluranya. allahuallam.

    5. saya setuju dengan tuan. Saya juga pernah berkhidmat selama lebih 21 tahun dalam askar wataniah tetapi tidak diberi pencen. Jika diikutkan tugas kami tiada beza dengan askar yang berkhidmat tetap. Jika diikutkan tugas kami pada tahun 1975- hingga 1996 adalah banyak kesukaran yang perlu ditempuhi. Kami pernah berdepan dengan komunis, banyak musuh di hutan, hujan dan panas usah diceritakan lagi..pasti semua askar merasainya. Jauh daripada keluarga, terpaksa berkorban masa dan tenaga. Kami sudah menjangkau umur 60-an tetapi sayangnya tiada pencen bagi bekas askar wataniah seprti kami. Kami hanya mahu pembelaan dan perjuangan bagi pihak atasan yang bertanggungjawab untuk memperjuangkan nasib kami yang perlukan pencen bagi membantu kami yang tidak upaya lagi untuk bekerja berat bagi menanggung keluarga. Bilakah lagi pihak kami akan dapat ,menikmati pencen tiadakah rasa simpati kepada kami yang berkhidmat lebih dari 21 tahun ini…??

      • Askar Wataniah yang berkhidmat (call up) lebih 21 tahun sudah mendapat pencen kan?

    6. lega rasanya bila dah pencen ni.dalam askar ni makin nak habis makin berat tekanannya.sebulan macam setahun.tapi alhamdulillah habis jugak walaupun terpaksa buat permohonan batalkan perkhidmatan 22 kepada 21 shj.sekarang kerja sendiri sbb tak sanggup lg kerja ikut arahan.apapun terimakasih kepada atm.kepada yang masih menunggu pencen,harap bersabar.

    7. kerja askar menipu dan membohong jer

    8. saya bekas askar berhenti 15 tahun saya kerja dikilang semasa kami membuat pengambilan untuk security kilang banyak askar berpencen datang memohon kalau tanya pasal apa minta kerja dia cakap pencen tak cukup yg itu pencen pw 2 masih tak cukup pencen, bagi saya pencen ke tak pencen ke sama saja selagi masih boleh kerja kita kerja.klu dah sakit dah tak boleh kerja baru pencen itu kita gunakan untuk beli ubat dan keperluan harian jgn kita berlagak dengan pencen kita. klu mati tinggal semua hanya amalan kita saja yg kita bawa. harap maaf kalau ada kata kata yg menyinggung perasaan daripada saya. fyi kdo

    9. boleh kah sy bertanye..kerja askar ni ade pencen kan??

    10. terimakasih kpd pihak kerajaan kerana menyalurkan saguhati sebanyak RM1,000.00, jika betul ianya akan diberi, kerna sekarang kami di kuching sarawak dah sibuk menghantar borang kpd JHEV negeri sarawak, syukurlah, bukanlah lah ba,kata orang udah diberi kaki mahukan peha, saya bagi pihak seluruh bekas tentera yang tidak berpencen di seluruh negara memohon agar pihak kementerian (Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid) supaya dapat menimbang dan memohon daripada pihak kerajaan, supaya imbuhan yang di cadangkan sebanyak RM500.00 sebulan di urus secepat mungkin supaya ianya di beri secepatnya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku terhadap semua bekas tentera yang tak berpencen. besarlah harapan kami kami supaya mendapat sokongan dan pertimbangan daripada pihak kerajaan. Sekian Wasallam.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: