200,000 bekas askar belum daftar PBTM

sumber utusan

IPOH 8 Ogos – Lebih 200,000 bekas anggota tentera di seluruh negara yang masih belum mendaftar sebagai ahli persatuan diminta segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menerima faedah sebaik sahaja Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani berkata, sehingga kini, sambutan yang diterima daripada golongan tersebut untuk mendaftar sebagai ahli agak mendukacitakan.

“Mereka sepatutnya tampil dan merebut peluang yang ada kerana usaha ini untuk kebaikan dan masa depan bekas tentera sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan PBTM Perak Ke-23 dan Pelancaran Kempen Kutipan Rayuan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang sedang mengerjakan umrah.

Menurut Muhammad, hanya 149,000 daripada 458,000 bekas tentera telah mendaftar sebagai ahli persatuan setakat ini manakala dianggarkan kira-kira 100,000 lagi telah meninggal dunia.

Katanya, kebanyakan yang belum mendaftar sebagai ahli dikhuatiri tidak dapat menikmati kemudahan ditawarkan mengikut akta baru itu.

Jelas beliau, antara yang diperjuangkan PBTM termasuklah mendapatkan pencen untuk pesara tentera yang berkhidmat lebih 10 tahun dan menaikkan kadar pencen pesara yang berkhidmat selama 21 tahun.

Sementara itu, Muhammad memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan perhimpunan raksasa membabitkan 15,000 ahli PBTM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.

About these ads

45 Responses

  1. Assalamualaikum..tuan saya Muhammad Fauzi bin Che Wan (T 715757) ic awam 660202-08-6759 telah bersara pada 17 Okt 2010. Saya telah mengisi borang keahlian PBTM dan telah membayar yuran keahlian di perak tetapi sehingga sekarang saya masih belum mendapat sebarang surat atau no keahlian. Sekarang saya rasa was-was samaada saya telah didaftar atau tidak. saya mohon kepada tuan mendapat maklumat selanjutnya status kedudukan saya,,Sekian terima kasih.

    • Slm…saya Abdullah@Abdul Manap bin Mohd Saaud No.Tentera 501352 dan ic awam 460406-02-5249 telah mendatar sebagai Ahli seumur hidup pada 13 Jan 2010 bertempat di PBTM Alor Setar…tetapi sehingga sekarang 22 Jan 2012 masih tidak menerima Kad Ahli.Sampai bila saya mesti menunggu…sedangkan membuat Kad Pengenalan Awam tidak sampai pun sebulan…apa yang sebenarnya terjadi…beginikah caranya kita hendak menggalakkan bekas-bekas Tentera menyertai persatuan…perkara yang kecil sebegini pun kita tidak boleh menyelesaikan…sekian Tq.

  2. 200,000 bekas tentera belum mendaftar sebagai ahli PBTM? Ianya satu angka yang begitu besar!
    Saya cadangkan bahawa kesemua angguta ini diberi ‘automatic membership’. Sebab-sebab merika tidak mendaftar sebagai ahli mungkin berbagai.
    Sekarang timbul soalan ‘membership fee’, right? Semasa seorang ahli itu memohon untuk mendapat bantuan kewangan, perubatan dan lain-lain…..borang permohonan tersebut mesti disertakan dengan RM50/- (sebagai ahli seumur hidup).
    Untuk bakal pesara ATM…..Pbtm/Jhev bolih memperolehi butir-butir mereka dari MINDEF. Harap pendapat saya ini dapat membantu mengatasi masalah ‘non-membership’ ini.

    • PBTM adalah NGO. Keahlian adalah sukarela. Bermakna tiada klausa utk jadi paksarela. Yang nak masuk silakan dan yang tak nak masuk tidak menjadi kesalahan. Mungkin ada yang lebih suka menjadi ahli persatuan veteran yang lain.

  3. apew faedah perhebat leh tawu x??

    • slm sy bekas angkatan tentera darat malaysia sy ingin bertanya kpd pihak tuan macam mana nak daftar sebagai ahli persatuan bekas angkatan tentera .sy bharap sy boleh menerima jawapan secepat mungkin kerjasama pihak tuan amat di hargai skian tima kaseh

      • Saudara Hazley,
        Tentu sekali saudara telah pun bersara/berhenti dari ATM.Sila kunjungi ke pejabat Cawangan/Bahagian PBTM Negeri dimana anda bermastautin….jumpa pegawai tadbir/ketua cawangan atau Bahagian…..isi borang-borang tertentu dan apply….dan jangan lupa yurannya. Senang sekali!
        Soalan saudara ini sedikit sebanyak menghairankan saya…..dari segi pentadbiran PBTM (dinegeri anda).Mungkin ramai lagi bekas tentera, saperti anda, yang memerlukan bantuan. Siapa yang nak disalahkan. PBTM Negara/Negeri/Cawangan? Atau Kementah/Jhev? Untuk renungan bersama.

  4. Saudara Mohamad Fauzi dan Abdul Manap,
    Sedih sangat saya mendengar tentang situasi anda berdua (dan mungkin ratusan lagi bekas tentera) yang mengalami keadaan yang sama. Sungguhpun saya telah bersara pada tahun 1988….dimana kelulusan keahlian saya didalam PBTM, hanya mengambil beberapa bulan saja….saya berasa hairan dan kecewa tentang proses *kelulusan* sebagai ahli PBTM pada masa kini.
    Apa yang nak di kato…..PBTM pada ketika itu lebih cekap? Pada tafsiran saya…..(dan mungkin ditentang hebat olih merika yang hanya *yesman*/pak turut)….kebanyakan di PBTM Pusat/Negeri/ Cawangan hanya menjalankan tugas saja dan tidak 100% memengtingkan bekas-bekas tentera. Tidak dinafikan bahawa segelintir AJK (baik di Pusat/Bahagian/Cawangan)……bermatian menjalankan tugas untuk kebaikkan VETERAN kita. Yang lain itu….untuk *glamour* dan insentif sebagai……PRESIDEN, KETUA BAHAGIAN, KETUA CAWANGAN dan lain-lain.
    Apa kata kedua-dua saudara memohon terus kepada PBTM Pusat di Kuala Lumpur? Jika ini tidak juga berhasil…..i give up!
    Adalah diharapkan bahawa pihak-pihak yang terlibat, membaca keluhan kedua2 VETERAN ini dan mengambil tindakan sewajarnya…..agar masalah merika dapat penyelesaian *pronto*!

  5. Saudara Abdulah @Abdul Manap telah pun datang ke pajabat PBTM Kedah. Kedudukan sebenar mengenai Kad Ahli telah dimaklumlan dan dijelaskan oleh Pegawai Tadbir, permasalahan ini telah diselasaikan dengan baik.

    • Cantik sekali…masalah telah dapat diselesaikan. Namun….saya hairan bagaimana permohonan untuk mendapat kad keahlian PBTM, mengambil suatu masa yang begitu lama….melebehi 2 tahun! Something somewhere is not right, man?

  6. SAYA NAK TAHU APA KELEBIHAN PERSATUAN BEKAS TENTERA…
    APA YANG SAYA LIHAT DAN ALAMI DAN JUGA PENGALAMAN DARI RAKAN2 NAK MINTA KURSUS PUN PAYAH…
    KERANA KURANG PERANCANGAN ATAU JUMLAH KURSUS YANG TERHAD, HANYA BAGI YANG RAPAT DENGAN PEGAWAI JE,,,
    DAH TU ANAK BEKAS TENTERA YANG BEKERJA SEMULA TIDAK LAYAK MOHON BANTUAN PELAJAEARAN WALAUPUN JADI AHLI, ADA KAD AHLI…SEDANGKAN PBTM SERU BEKAS TENTERA DAFTAR,,,TAPI TUJUAN NAMPAK HANYA NAK DAPATKAN JUMLAH RAMAI, DAN DAPAT PERUNTUKAN BANYAK TAPI PERANCANGAN NAK BAGI KURSUS SEPERTI USAHAWAN KEP[ADA BEKAS TENTERA BANYAK HELAH DAN KOUTA,,
    KALAU DAH AHLI MOHON, BERIKANLAH, USAHAKANLAH AGAR BANYAKKAN PELUANG KURSUS, DAH TU BANTUAN PENDIDIDKAN BERIKANLAH KEPADA SEMUA AHLI BEKAS TENTERA, WALAUPUN TELAH BEKERJA KERANA MEREKA BUKANNYE SENANG ATAU PENDAPATAN MELEBIHI RM3000, DAN JUGA MEREKA DAPAT KERJA ATAS USAHA GIGIH SENDIDRI BUKAN ATAS USAHA VETEREN ATAU PBTM….RENUNG2KAN DULU….

    APA GUNA BEKAS TENTERA YANG DAPAT KERJA NAK SOKONG PERSATUAN BEKAS TENTERA KALAU TAK DAPAT KELEBIHAN ATAU BANTUAN DARI PBTM ,,,FIKIR2KANLAH MEJAR BERSARA YANG MENERAJUI BEKAST TENTERA….RASA DAN SELAMILAH KEADAAN SEMUA BEKAS TENTERA YANG TERPAKSA KERJA ….

    • Salam sejahtera Bekas Tentera Yang Berkhidmat,
      Sebenarnya saya dah bosan/muak membaca dan respond kepada masalah PBTM pada keseluruhannya. Tetapi…..*a soldier is always a soldier*……dan saya harus respond (mungkin bagi pihak ribuan VETERAN – the silent majority).
      Tidak dapat dinafikan bahawa segelintir bekas tentera telah dapat bantuan dari Pbtm/Jhev. That’s a fact. Malangnya….ribuan lagi (ahli sah) VETERAN telah tidak dibantu kerana faktor-faktor tertentu…….faktor yang hanya pihak Pbtm/Jhev sahaja tahu!
      Sebagaiman saya selalu nyatakan…..pihak pbtm/jhev tentu sekali bolih membantu VETERAN kita, dengan lebih gigih lagi……jika merika 100% menumpukan *fokus* terhadap masalah yang dihadapi olih kita semua. Ini tidak……selain dari beberapa kejayaan yang telah dicapai,…….merika lebih tertumpu kepada “politik dalaman” pertubuhan ini…..untuk mengekalkan kedudukan merika dan juga kroni-kroni yang ada.
      Berkenaan permohonan dan juga kelulusan terhadap bantuan-bantuan tertentu…….apa nak dikato? Ada yang lulus dan ada yang tidak! Rumusan saya……sebagai perpatah inggeris……*Its whom you know and not what you know*! Itu saja! Untuk maklumat tuan…..saya juga telah menghadapi situasi yang sama. Ketiga-tiga anak saya telah tamat kolej/universiti dan sedang berkerja sekarang. Saya telah memohon, tetapi, ditolak……kerana *kedudukan kewangan* saya baik/stabil! Just imagine!
      Masih saya ingat……dimana, pada masa itu PERHEBAT, telah menghantar seorang pegawai untuk menemurama saya…..semasa saya memohon insentif pelajaran untuk anak pertama
      dan kedua saya. Soalan pegawai tersebut sungguh lucu lagi bodoh…..
      Beliau telah tanya soalan saperti…….Adakah saya memiliki rumah; kereta; washing machine; vacuum cleaner dan lain-lain. Jawapan saya
      kepada semua soalan tersebut adalah *YES*! Dan mungkin itu adalah sebab permohonan saya ditolak.
      Jika ini cara pbtm/jhev menjalankan tugas merika……nescaya tiada banyak perubahan dapat dicapai untuk membantu VETERAN kita. Soalan tuan…..Apa faedah menjadi ahli kepada persatuan ini? Setahu saya……nadai!!! Tetapi….saya sebagai Ahli Seumur Hidup akan *tuntut* hak-hak saya…..walaupun telah gagal beberapa kali.

      • Untuk maklumat sekelian…..sebelum JHEV ditubuhkan, PERHEBAT lah badan yang telah ditugaskan untuk, kononnya, jaga kebajikan bekas-bekas tentera. Cerita saya ini agak *lapuk*, ia tak?…..lebih dari sepuluh tahun! Walaubagaimana pun…….apakah yang hebat sangat tentang Perhebat in? Nadai!

      • saya telah terlalu kecewa dengan PERHEBAT (yang tak hebat lansung).kalau kita ada rumah dan kereta, mereka kata kita kaya.ini adalah disebabkan dalam fikiran mereka, orang tak ada rumah itu adalah orang miskin walaupun duit dalam bank ada berjuta ringgit.jadi orang yang ada rumah tu kalau tak cukup duit, makanlah rumah tu.

        • Saudara Zakaria,
          Komen anda itu bolih diperbahaskan olih skot-skot kita. Walaubagaimana pun….saya 100% setuju dengan pandangan saudara bahawa merika (baik PBTM, JHEV maupun PERHEBAT) mempunyai mentaliti bahawa…..jika seorang veteran itu mempunyai rumah, kereta dll…….merika itu kaya atau berkemampuan dari segi kewangan. Tak terfikir kah……dalam otak merika, bahawa benda-benda itu semua adalah keperluan (necessity) dalam hidup masakini….dan bukannya kemewahan (luxury). Dan tidak terfikir kah….bahawa benda-benda tersebut perlu dibayar secara *instalment*. Sungguhpun bekerja setelah pencen (umur 40 tahun)…..saya beranggapan bahawa seorang veteran itu hanya *cukup makan* pada setiap hujung bulan…..setelah ditolak perbelanjaan/hutang piutang bulanan merika.
          Sebenarnya…..pada dasarnya, penubuhan/pembentukan PBTM, JHEV dan PERHEBAT ini bolih dikatakan wajar dan bertujuan untuk membantu semua veteran tanahair. Ini tidak dapat dinafikan, Malangnya…….tujuan murni serta *concept* ketiga-tiga entiti ini tidak dapat dicapai kerana……..manusia yang bertugas di sana! Merika-merika ini lah yang telah merosakkan nama baik ketiga-tiga entiti ini. Contoh yang nyata adalah insiden yang berlaku terhadap saya. Stupid and ridiculous!
          Sayugia diingatkan bahawa ketiga-tiga entiti ini, secara langsung, berhadapan dan berurusan dengan manusia…..yang digelar VETERAN. Maksud perkataan veteran itu sendiri memberi makna tersendirinya. Jadi…..setaf-setaf yang bertugas di PBTM> JHEV dan PERHEBAT haruslah melayan merika secara sopan dan tertib. Ini tidak…..kebanyakan merika dilayan sambil lewa saja. Jangan kata hendak membantu merika…….tidak….hendak menyusahkan adalah. Polisi-polisi yang terdapat di ketiga-tiga entiti ini, mungkin lengkap……tetapi penterjemahan dan perlaksanaannya olih merika (yang bonyok) telah menyeleweng dari tujuan asalnya. Dan ini telah menyebabkan *red-tape* dalam kebanyakan urusan melibatkan bekas tentera kita. Pihak tertentu harus mengambil perhatian terhadap *problem* ini…….dan bertindak agar ianya dapat diperbaiki……semua ini untuk kesejahteraan VETERAN kita.

    • salam sejahtera apabila sesaorang telah bersara dari atm anggaplah anda kini sedang berada dilautan yang bergelora.pandai anda mengemudi kehidupan anda berbahagialah hidup kita dan keluarga.dalam kehidupan ini jangan lah kita terlalu megharapkan bantuan dari orang lain pandanglah kehadapan dan bandingkanlah kehidupan kita dengan mereka yang tidak bernasib baik seperti oku dan mereka yang cacat yang terpaksa mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan diri dan keluarga.bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita semoga kita menjadi insan yang bertakwa.sesungguhnya kebahgiaan hidup bukan terletak kepada hasil pendapatan kita tetapi ia datang dari rezeki yang halal lagi berkat.termakasih skot.

  7. SAYA DAH JADI AHLI PBTM…INGAT NAK DAPATKAN KURSUS TERNAKAN DAN USAHAWAN UNTUK TINGKATKAN TARAF HIDUP,
    MAKLUM BEKERJA SEMULA DGN KERAJAAN DGN GAJI POKOK RM13000 SAHAJA RASANYE LEBIH KECIL DARI SKOT SATU INTEK YANG BERSARA, KERANA SYA BERKHIDMAT 13 TAHUN,,,KENA KERJA BALIK LE….
    DAH TU MOHON BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK MELANJUTKAN PELAJARAN KE UITM…SEBAB KITA GAJI TAK BESAR,,,
    TAPI MALANGNYE APA YANG DIHARAPKAN, INGATKAN PBTM ATAU VETEREN AKAN PERTIMBANGKAN PERMOHONAN DAN BANTU BEKAS TENTERA MACAM KITA NIE, TAPI NAMPAKNYE HABUK PUN TIDAK,,,,
    KALAU MACAM TU, BAIK TUTUP JE PBTM KALAU SETAKAT NAK AMBIK NAMA,,,
    BAIK KITA PAKAT DAN KEMPEN BERSAMA NBAIKKAN PEMBANGKANG….
    KALAU ADA KEBAIKAN KEPADA SEMUA BEKAS TENTERA TAK KIRA BULU, BOLEH LEH KITA SOKONG…
    BEKAS TENTERA YANG TIDAK PENCEN DAN BEKERJA SEMUAL DGN KERAJHAAN BUKAN BESAR PENDAPATAN PUN…..

    PAKAI OTAK DAN FIKIRAN LE…

    • Helo Bekas Tentera Yang Berkhidmat!
      Perkara utama/penting……adakah pihak Pbtm Kedah, mau pun Pbtm Pusat/JHEV…..baca huraian/kritikkan kita ini? GOD KNOWS!
      Untuk permulaan….saya cadangkan agar masalah tuan ini dikemukakan kepada Ketua Pbtm Kedah untuk dipanjangkan kepada pihak atasan. JIKA Ketua Pbtm Kedah ini seorang *yes man* ( saperti kebanyakkan Ketua-ketua Bahagian yang lain)…..kita tutup kes saja.
      Saya tidak faham bagaimana kes begini tidak dapat respon yang positif dari Pbtm/Jhev. Kedua-dua entiti ini ditubuhkan untuk membantu setiap VETERAN….tidak kira berapa kecil masalah merika, betul? Ini tidak! Merika sibuk…..dengan politik dalaman dan kedudukan merika dalam AJK, dan lain-lain. Maklumlah……insentif bisnis dan lain-lain menanti merika!\
      Berkenaan sokongan kepada pembangkang……tepuk dada tanya selera lah! Ha3!

  8. Assalamua’alaikum semua rakan seperjuangan,

    Kita mengalu-alukan semua bekas tentera jadi ahli, tapi kalau kita ramai sebanyak mana pun jadi ahli tapi tidak mempunyai jati diri masih angguk dan geleng2 spt dalam perkhidmatan, persatuan tidak kemana. Hanya boleh bercakap tapi suara tak keluar, sepatutnya persatuan bergerak dengan lebih pro-aktif dengan pendekatan turun padang kenal pasti masalah, pergi ceruk kampung, setinggan, taman-taman, desa-desa dan tempat kerja yang menjadi tempat lambakan bekas tentera bekerja.

    Semoga kita lebih pro-aktif utk lebih menjadi hebat.

    • Saudara Bekas AFATS,
      Well said! Memang itu yang diidamkan olih semua VETERAN. Tetapi……let’s be frank and sincere ……diantara bilangan angguta, yang menduduki kerusi AJK (baik di cawangan, bahagian, mau pun di Pusat), ………..berapa orang kah yang sesungguhnya berkhidmat 100% untuk mengangkat taraf social/ekonomi bekas-bekas tentera? Dalam mengharumi kehidupan ala *cyber * ini…..manusia lebih terdesak berusaha untuk ‘survival’ merika dan juga famili. Orang-orang didalam PBTM juga tidak terkecuali dari fenomena ini. Sebilangan besar dari projek (yang diberi kepada Persatuan),……disapu olih pihak-pihak tertentu dan kroni merika. Yang lebihan itu…..mungkin untuk manusia saperti saya. Saya tidak pernah menafikan bahawa PBTM/JHEV ada membantu sebilangan veteran tanahair. Tetapi….ianya tidak mencukupi……ramai lagi yang memerlukan bantuan dari kita. Cadangan saudara agar PBTM lebih pro-aktif tepat sekali. Sincerely hoping that action speaks louder than words!

  9. Menjadi ahli veteren kuala lumpur

    • Saudara Mohd Sukri,
      Bagus lah tu! Sebenarnya saya telah menerima email dari PBTM Kedah……semuanya berpunca dari “komen” anda yang telah menjadi ahli veteran Kuala Lumpur. Ingatkan ada komen-komen yang dapat dibincang olih skot-skot kita.
      Walaubagaimana pun……tahniah diucapkan dan….selamat datang ke klab PBTM. Moga-moga pihak tuan dapat memainkan peranan yang *constructive* untuk memajukan PBTM, pada keselurohannya.

  10. Kebanyakan bekas tentera yang berpencen mahupun tidak berpencen yang kita nampak meluahkan kekecewaan mereka terhadap PBTM dan JHEV disebabkan apa yang mereka harapkan tidak tercapai dari segi kebajikan untuk mereka atau waris mereka. Tidak dinafikan bukan semua berkedudukan begitu, namun ada bekas tentera yang begitu mudah mendapat bantuan dari PBTM/JHEV walaupun tak kenal orang yang ada kepentingan dengan persatuan. Apa yang saya dapat lihat, ada diantara pesara dan bakal pesara tidak diberi penerangan atau tidak mengetahui saluran yang harus dilalui oleh mereka untuk perkara2 yang mereka hendak sampaikan. Bagi yang semasa berkhidmatnya lebih rapat kepada pentadbiran mungkin tidak menjadi masalah pada mereka untuk menyalurkan permasalahan mereka tapi bagi yang cuma tahu apabila berhenti kena buat ‘dokumentasi akhir’ di MINDEF sahaja, mereka-mereka inilah yangkebanyakannya tak dapat apa-apa bila ingin menyalurkan pemasalahan sebab tidak tahu saluran sebenar yang mesti dilalui. Tidak dinafikan ada diantara peneraju persatuan yang cuma gah dengan jawatan tapi ada pengabaian tentang permasalahan yang dikemukakan oleh ahli mahupun bukan ahli persatuan. Dalam ertikata lain tidak tahu buat kerja atau tidak mahu buat kerja membuatkan ada permasalahan tidak kesampaian. Semasa ‘Dokumentasi Akhir’ di MINDEF, wajibkan setiap bakal pesara menyertai PBTM sahajalah cara terbaik dan memberikan penerangan saluran yang harus dilalui oleh mereka agar segala pemasalahan mereka kelak akan dapat diselesaikan antara cadangan yang saya nampak serba sedikit membantu mereka yang bakal bersara. Yang telah bersara pula dan masih belum menjadi ahli dapat sekiranya peneraju PBTM lebih peka memberikan penerangan kepada mereka-mereka ini tentang perlunya untuk menjadi ahli agar segala permasalahan mereka dapat diketengahkan.

    • Saudara Hamdan,
      Pada keseluruhannya, saya setuju dengan komen anda….lagi-lagi berkenaan *dokumentasi akhir* di MINDEF. Setiap bakal pesara (dari ketiga-tiga cabang ATM – Darat, Laut dan Udara) dimestikan menyertai PBTM di lokasi pilihan merika. Cara dan bagaimana ianya dilaksanakan, kita serahkan kepada kebijaksanaan Mindef dan JHEV untuk tindakan selanjutnya.
      The issue at hand now is…….how to encourage the thousands of exservicemen out there to register as members of PBTM. Buat permulaan…..ingin saya nyatakan disini bahawa merika-merika ini (VETERAN) telah lama bersara/berhenti dari ATM….dan tidak menyertai sebarang persatuan. Namun demikian…merika telah mendengar/membaca tentang PBTM – karenah dan politik yang sedang berlaku didalam PBTM itu sendiri. Senario-senario saperti ini lah yang membuat merika muak untuk menyertai PBTM. Tambahan pada itu……merika nampak keliru untuk menyertai persatuan yang mana satu……kerana kita mempunyai lebih kurang 46 persatuan yang mewakili bekas-bekas tentera. Situasi ini berlaku kerana ketidakpuasan beberapa individu terhadap PBTM Induk itu sendiri. Saya tidak salahkan merika.
      Tidak dinafikan bahawa saya telah menjadi seorang pengritik PBTM/JHEV disebabkan olih…kegagalan ketiga-tiga anak saya mendapatkan insentif semasa menuntut di kolej/universiti. Dan saya yakin terdapat ramai lagi VETERAN yang menerima nasib yang sama dengan saya. Saya tidak salahkan PBTM mau pun JHEV dalam hal ini…….manusia yang salah disini adalah orang/angguta yang bertugas di kedua-dua entiti ini. Setuju dengan pendapat anda bahawa kita mempunyai sebilangan peneraju persatuan yang hanya megah dengan jawatan merika…..dan mengabaikan masalah yang dihadapi olih ahli.
      Balik kepada topik kita…..cara untuk mendapat VETERAN menyertai PBTM. Saya difahamkan bahawa PBTM Cawangan Sibu, Sarawak telah/sedang menjalankan operasi menjejak veteran kita di selurah pelusuk negeri ini. Suatu tindakan yang harus di laksanakan juga di Semenanjung. Walaubagaimana pun….adalah diingatkan bahawa kritikan itu bukan bermakna menentang……tetapi menuntut perubahan saja!

  11. salam, saudar2 n sahabat2 tentera dan bekas tentera yg pencen & tidak pencen,,,

    Ternyata Persatuan Bekas Tentera yg ada memnag terokkkk, bermasalah dari segi pegawai, pentadbiran, mutu kerja, keikhlasan, objektif dan metlamat, serta lebih tyerok [olitik, nama, glamour dan juga nak kan projek,,,

    Kita harapakan perbetul persatuan yg ada spt PBTM, Veteren, Perhebat dan lain2 perbetulkan Matlamat dan bjektif persatuan, Orag dalam, buangkan yg lembab, singkirkan yag nak nama dn poltik, kontrek dan sebegainya, gantikan yg berani kerana benar, adil, ikhlas da yag rajin serta sedar akan kesusaHAN bekas tentera dan bagaimana nak bantu mereka, bukan bagaimana saya nak main wayang cina dan dapat nama, dapat glamour dan dapat kontrek,,,

    Buat perancangan bantuan kebajikan, kurssu usahawan, kerja, pendidikan, perubatan, bentaun hidup susah dan sbagainya utk tingkatkan taraf hidup veteren dan bekas tentera, kesihan, beratus ribu bekas atau warisbekas tentera hidup susah selepas bersara, kalau kat negara lain yg maju, mereka ini dan waris memang dijaga dan diberikan elaun atau pekerjaan yg terjamin, bukan ketrja cukup mkn, bantuan lais=n spt kursus bantuian modal perniagaan, usahawan danm sbegainya, Kita habuk pun takde,. cikkgu je, bkn marahkan cikgu, marahkan persatuan dan kerajaan,,,

    Prebetulkan persatuan, dan seterusnya carilah ahli yan beratus ribu dab berjuta, yg akan sokong kerajaan, kalau tidak dan dokempenken, bekas veteren nie boleh pakat2 tumbangkan kerajaan, bygkan apa guna sokong kerajaa, itu beratus ribu, kakitangan kerajaan yg tak puashati kebnnayakannya 80% kakitangan sokongan yg tak puasahati gaji tak seberapa, barang naik, apatah lagi yg di luarbandar…

    Kita bekas tentera NIE YG MALAN, SEPATUTNYA pERRSATUAN bEKAS tENTERA, BERANI PERJUANGKAN KEBAJIKAN VETEREN, BERANI BERSUARA, TUNTUT DGN LANTANG APA KEPENTINGAN MEREKA….Persatuan Bekas Tentera nie rasanya banyak pondan dan dianggotai oleh lelaki yg takde pelir, lemah tu yg tak berani dan tak de semangat nak perjuangkan Persatuan Bekas Tentera…

    Sekarang Persatuan Bekas tentera spt Veteren, Perhebat dan PBTM spt pondan….sedangan merekan Persatuan Bekas Tentera perlu GAgah, berani NAK SUARA KAN KEBAJIKAN BEKAS TENTERA….uat dan dicontohi, yg skerang dikletawakan oleh persatuan lain,,,,

    kalah dgn persatuan guru2….rasa2nyanya PIBG lagik bagus…

    Thansk 2 all sahabat2a bekas tentera atas komen2 anda, Niat kita hentam utk kebaikan Bekas tentera dan Veteren yag perlukan bantuan, kurangkan kesulitan dan rengekan anak2 bekas tentera yag pernah berasnin mati utk negera tercintai,,,

    jANGANLAH hABIS mANIS sEPAH dIBUANG, ,,,

    Tenaga dan Jasa dah diperoleh, dilupakan macam hampas aje….
    sepatutnya takdea diskriminasi bantuan kejabjiakan dan pendidikan serta laian2, sewajartnya diutamakan,,,spti sahabat yg mohon bantuan pendidikan, pegawai yg tmduga tu luluskan dan berikan sokongan 150%, sebab beliau bekas tentera dan jasanya tinggi siang malam bergadai nyawa…bantian tu ciput saja…
    barulah ada kebanggan kepada Persatuan Bekas Tentera dan Kerajaan…
    La nie kita MALU DGN PERSATUAN BEKAS TENTERA DAN JUGA KERAJAAN MALAYSIA YG ABAIKAN BEKAS TENTERA PADA KESELURUHANNYA…

    Tak boleh salahkan Bekas2 Tentera yang buat demonstrasi secara aman, mereka cuma luahkan kepincangan dalam persatuan bekas tentera,,, yg tak setuju tu memang pakl turut dan Yes Men sahaja….

    DARIPADA BEKAS TENTERA…. alll bekas tentera my famili….

  12. Wow! Suatu pendapat/komen yang menyeluruh……dan tentu sekali, ada kebenarannya. Masalah nya……..adakah pihak PBTM/JHEV/PERHEBAT membaca komen-komen yang diluahkan olih VETERAN kita? Jawapannya…..saya serahkan kepada semua veteran yang minati berita tentang bekas-bekas perajurit ini.
    Walaubagaimana pun, ini adalah pendapat saya: PBTM tidak akan berubah dari segi image, prestasi (blah, blah, blah)….jika sebahagian besar dari AJK yang ada sekarang….masih lagi mendudoki kerusi (jawatan) yang tersedia ada. Mind you…..PBTM has been in existence for the last 82 years. They claimed to be the oldest NGO in Malaysia. Not only that…..they are the biggest in terms of membership.
    Perubahan sepatutnya telah lama berlaku (jika hasrat mulia ini benar-benar diidami) ….memandangkan kepada sejarahnya yang begitu lama. Malangnya tidak! Sebahagian besar dari AJK yang ada kini,,,,masih tidak mahu melepaskan jawatan merika. Mungkin kita tidak dapat salahkan merika (AJK ini). Yang harus disalahkan adalah ahli-ahli itu sendiri. Merika lah yang telah menyokong dan undi orang-orang ini. Dari sudut pemilihan pula…..saya serahkan kepada kebijaksanaan tuan-tuan. Cara dan politik pemilihan didalam PBTM…..kita semua tahu akan cara dan penyewelengan yang telah dan sedang berlaku.
    Akhir kata…..kita berdoa/harap agar merika dapat mendengar keluhan/rungutan/permintaan semua VETERAN tanahair….dan berubah untuk kebaikan dan kesejahteraan bersama.

  13. apakah syarat2 ingin menjad ahli pbtm bagi yang tidak berpencen?

  14. Masih terdapat rakan kita, saperti saudara Shahrizam, yang tidak diberitahu tentang PBTM sebelum merika ini bersara/berhenti dari ATM. Salah siapa? JHEV perlu berusaha dengan lebih gigih lagi…..menerangkan perkara tajuk agar setiap angguta ketahui akan prosedur untuk menyertai PBTM.
    Untuk saudara Shahrizam……hubungilah cawangan PBTM di negeri kelahiran anda untuk mendaftar sebagai ahli.

    • Tak usah nak salahkan jhev or sapa2 lah. Masa buat dokumentasi akhir kat JRP pun ada slot ceramah/ penerangan tentang PBTM. Siap bagi borang bagai… Saudara Sharizan ni buat dokumentasi akhir ka dak?

      • Mungkin juga saudara Shahrizam tidak membuat dokumentasi akhir…..atau *attitude* sambil-lewa yang menyebabkan keputusan sedemikian, Ha2!

  15. Salam hormat skot2 semua.saya bekas tentera Yang tidak berpencen yg berkhidmat 15 tahun.saya nak tahu bagaimana nak buat tuntutan rm1000 Yang di-umumkan olih pm Yang lepas,a pa syarat2 nya.dari. perajuri 1045645.

    • Ada baiknya saudara berhubung dengan PBTM di lokasi anda. Tentu sekali merika harus tahu berkenaan prosidur bagaimana nak buat tuntutan tersebut.

  16. assalamualaikum saya nak tahu bekas kerahan askar wataniah yang tidak bepencen layak tak mendapat bantuan RM 1000 tu kerana ia termatud dalam bekas tentera juga walau pum 3 tahun kerahan

    • Kedua-dua soalan dari veteran kita ini harus dijawab/respon olih Pegawai Tadbir PBTM Kedah. Dipersilakan!

  17. nama persatuan bekas tentera………….nama yang gah………….tapi pemberian sagu hati…masih lagi…….double standard……kenapa anggota yang diberhentikan …atas salah laku…tidak layak menerima…..saguhati tersebut……….sepatut nya sebagai persatuan yang berjuang utk bekas tentera………..tidak perlu ada sifat begitu……….pilih bulu…………..separuh dari angka tersebut adalah anggota yg berhenti akibat salah laku……….mcm mana anggota tersebut nak mendaftar………..selagi ada sikap pilih bulu…macam ni……..

    • mat labu, kau dah tentu diberhentikan.aku yang berhenti cara betul ni pun terima nasib macam kau.

    • setahu saya anggota tentera yang diberhentikan di bawah para (tatatertib) atau dgn kata lain …diberhentikan dgn keji adalah tidak diiktiraf sebagai anggota tentera. So sbb tu mereka itu tidak layak mendapat apa2 insentif kerajaan yg diperuntukkan kpd bekas tentera. Harap maklum

  18. Aku berhenti dari perkhidmatan pada tahun 2000..sebaik saja berhenti aku terus mendaftar sebagai ahli persatuan sebagai ahli seumur hidup..sehingga sekarang sudah 12 tahun aku jd ahli persatuan..namun tidak ada apa yang persatuan bantu aku yang berhenti sekerat jalan ni..jangan bantuan..surat menyurat pun aku tak pernah terima selain dari pangilan talipon minta kacau bubur asyura…yang paling menyedihkan cawangan tempat aku mendaftar tu pun dah lama berkubur..padahal dikawasan Mat Ghani sendiri..Kubang kerian kelantan..Jd macamana persatuan nak tolong kalau ada cawangan pun berkubur..? .

  19. Cerita yang sungguh sedih…..saudara Sobri! Sebagaimana saya selalu katakan……persatuan itu sendiri tidak salah. Yang bermasalah itu adalah *manusia* yang bertugas disana. Semua (mungkin tidak) hendak menduduki kerusi AJK, tetapi enggan kerja. Saya syorkan saudara bersabar……sambil itu, tuntut lah semua *entitlement* kita…kerana itu adalah hak kita.

  20. Saya adalah merupakan bekas anggota tentera yang telah berkhidmat selama 15 tahun, Amat menyedihkan apabila mendapat tahu bahawa terlalu ramai dikalangan bekas-bekas tentera yang tidak berminat menjadi ahli PBTM. PBTM dengan kerjasama JHEV, seharusnya perlu mencari jalan bagaimana cara terbaik untuk menarik minat mereka-mereka yang belum menyertai untuk mendaftar ahli dengan cara senang dan mudah. Secara peribadi saya juga merasa amat bertanggungjawab ke arah meralisasikan hasrat PBTM menjadi sebuah persatuan yang amat digeruni dan disegani melalui jumlah keahliaan yang ramai pada masa akan datang di Malaysia. Namun daripada kajian saya dikalangan anggota tentera yang telah bersara, ramai dikalangan mereka melahirkan “memohon menjadi ahli lebih susah daripada memohon jadi anggota tentera.” Pelbagai salinan peribadi diperlukan bukankah semuanya menyusahkan, Zaman sekarang semuanya dihujung jari, kenapa PBTM masih ketinggalan zaman menggunakan cara menual. Berbanding memohon keahlian RELA dan JPAM semuanya ON LINE, itulah antara luahan yang saya terima. Pada zaman ini, hanya dengan satu cara, pihak atasan seharusnya perlu mempertimbangkan agar permohonan secara ON LINE perlu diperluaskan dan dipraktikkan.terima kasih, sekadar menyampaikan mesej daripada “orang lama”. daripada Bekas SJN bersara (MJJAH)……..Sabah .

    • Suatu cadangan/usul yang praktikal…..dimana pihak PBTM harus mengkaji, menghalusi dan implimen pada masa terdekat. Ini tidak bermaksud bahawa cara “conventional”,yang sedang kita praktikan sekarang, dihapuskan sama sekali. Maksud saya…..untuk veteran-veteran yang kurang cekap/faseh dalam alam IT masa kini.

  21. salam sya menyokong penuh apa yg disarankan megikut keperluan pa yg telah dijanjikan oleh pm kita beri lah sokongan abda pada yg telah mmemlukan

  22. salam, saya(hamdan bin musa T1051213) dan isteri memohon dari pbtm untuk dapat mengerjakan haji pada tahun 2013, borang telah dihantar pada cwg pbtm dan saya masih menunggu surat jawapan daripada pbtm , besar harapan saya agar dapat kelulusan

  23. salam, saya m.faizal b m.noh T 721125, Saya berkhidmat tidak smp 3thn kerana discharge atas faktor kesihatan. adakah saya layak jadi ahli PBTM.?Harap dapat respons dari pihak PBTM ..tq

  24. Salam sejahtera. ..saya selaku anak bekas veteran (BETAN ANAK MESIN -no ic baru ,630719-13-5755) ingin btanya, ada kah pmohonan bapa saya ditolak ?kerana bapa saya pernah mengisi borang pmohonan bntuan kwangan bg mnampung plajaran saya yg ingin mnyambung pljaran ke peringkat diploma dan adik yg akn msok skolah mnengah tetapi kami tidak pernah menerima apa2 bntuan pun. Sekarang sy dah tahun akhir dan akan graduate tak lama lg dan adik pula sekarang sudah masok tingkatan 5 tahun ni ..adakah permohonan tersebut akn dbatalkan serta merta? Ckp blh br bntuan, tp smpai skrg xde ape pun. .harap tuan br pnjelasan sm ada perlu mohon bantuan lain atau mcm mn ..?sbb bantuan kwngan utk plajaran, tak de kmi trima ..mnatau ada bntuan lain yg boleh sy apply utk bpa sy.sbb bpa sy bekas askar tak berpencen ..tp biar ape pun, bpa sy tetap bekas pejuang negara dan berhak mnerima bantuan sperti veteran berpencen yg lain juga ..sekian, harap maklum ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: