Hadiah besar anggota, veteran ATM

sumber utusan

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Peruntukan besar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan hadiah paling berharga dan sememangnya dinanti-nanti golongan tersebut, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pemberian RM1,000 sebagai wang sagu hati kepada 24,000 veteran tentera yang telah bersara juga membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melupakan golongan itu berdasarkan pengalamannya yang pernah menerajui kementerian itu selama 14 tahun.

Kata beliau, pemberian itu juga melegakan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) yang membuat tuntutan itu sejak sekian lama.

“Inilah yang dirayu oleh mereka yang bertugas sebagai anggota dan pegawai ATM, keprihatinan Perdana Menteri kepada kumpulan veteran tidak dilupakan dan ini sesuatu yang tidak dijangka.

“Pemerhatian khusus kepada Askar Wataniah dan anggota simpanan Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui kenaikan elaun yang diumumkan merupakan kenaikan hampir 25 peratus kadar elaun terdahulu, sekali gus dapat menggalakkan rakyat menyertai pasukan simpanan itu.

“Ini termasuk menyamaratakan elaun yang diterima anggota polis dan tentera serta pemberian insurans berkelompok mengikut skim baru kepada kedua-dua anggota keselamatan itu, ia merupakan satu penghargaan kepada mereka,” katanya.

Beliau memberi reaksi demikian ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013, di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Lembaga Tabung ATM akan membiayai 50 peratus dari keseluruhan kos bayaran saguhati kepada kumpulan veteran tentera itu yang akan dibuat secara one-off.

Tambah beliau, kenaikan pangkat kepada anggota tentera merupakan satu penghargaan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh para pegawai yang tidak dinaikkan pangkat.

“Secara keseluruhan bajet kali ini memang ditunggu rakyat kerana mengambil kira semua kumpulan masyarakat daripada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.

“Kerajaan turut mengambil kira kumpulan pelajar universiti, sekolah menengah dan rendah, prasekolah, miskin dan orang kurang upaya (OKU) turut diambil kira walaupun dikatakan bajet pilihan raya, namun inilah keprihatinan yang sentiasa diberikan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan,” katanya.

About these ads

71 Responses

  1. Di sini saya sedikit confius la, ayat yang di gunakan pemberian saguhati RM1000 di berikan kepada Veteran Tentera yang melibatkan PBTM dan PVTM..adakah ini bererti anggota yang berpencen juga menerima RM1000 sbb mereka juga dalam kategori veteran…mohon penjelasan…

    • maksud nya RM1000 one off tu untuk tentera tidak berpencen service kurang drp 21 tahun. .Sebagai menyahut desakan PBTM dan PVTM yang kuat menuntut imbuhan itu.

  2. *One-off payment* berjumlah RM1K untuk veteran yang tidak berpencen itu memang dialu-alukan. Nescaya pihak tertentu didalam PBTM dan juga PVTM berasa bangga dan akan akui (kepada ahli-ahli merika)……bahawa diatas desakan merika itulah yang telah menghasilkan *pemberian saguhati* ini. Soalannya: Adakah merika (veteran yang tidak berpencen ini) berpuashati? Jawapannya: Tentu sekali. Apa pulak dengan tahun hadapan? Tentu sekali merika ini akan mendesak Kerajaan untuk bayaran *one-off payment* lagi. Alasannya……..kita semua lebih ketahui! Sandiwara ini akan berulang setiap tahun……put pressure on the govt……n the govt gives in! Sampai bila ya?
    Berkenaan kenaikan pangkat……is this a problem in the Malaysian Armed Forces? Setahu saya…..seseorang itu dinaikkan pangkat atas *kebolihanya. Don’t tell me that with the announcement of the 2013 Budget……things would be different as far as promotion is concerned. If any personnel is promoted just to fill the vacancy….and not due to their capabalities……then the MAF would be seeing many unqualified officers……without brains!

  3. Bayaran saguhati 1k oleh kerajaan kepada bekas tentera yang tidak berpencen hanya khusus kepada veteran sahaja atau termasuk anggota yang diberhentikan awal dari perkhidmatan atm (contoh 6 tahun servis dll) dan bilakah bayaran tersebut akan dibuat?

  4. Ok saya dah faham sekarang, tq ya admin…Thank to gomen bantu kekawan yang tak pencen….maklumat yang saya baca semalam..bagi anggota yang tidak berpencen mohon mengambil borang dan isi maklumat di PBT berdekatan penempatan masing-masing…Tq

  5. Sukur alhamdulillah atas keperhatinan pemerintah kita

  6. saya ingin bertanya..salah satu ahli keluarga saya ialah bekas tentera yg dahulunya bertugas di sibu sarawak dan telah berkhidmat selama 5 tahun….ada kah beliau layak mendapat saguhati 1000 ini..

  7. adakah waris layak memohon sekiranya anggota keluarganya(suami) telah tiada?

    • tak layak

      • Memang hadiah besar buat bekas tentera yang berhenti secara terhormat. tetapi kenapa yang berhenti sebaliknya tidak layak untuk hadiah tersebut. kenapa perlu ada pilih bulu? kebanyakan bekas tentera (veteran atm) yang dikenali dan disegani ramai yang sokong pembangkang bukan kerajaan. adakah dengan pemberian hadiah ini mereka akan menyokong kerajaan? Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jgn dicari…fikir-fikirlah.

  8. layak tak kalo bekas tentera udara yg servis lbh drp 10 thn dan berhenti kerana absent.

    • Rasa saya kalau anggota yang di berhentikan atas sebab-sebab tatatertib tak layak kot…namun anda boleh terus berhubung ngan JHEV..

  9. lepas tuh ada kena isi borang apa-2 tak ?

  10. tarikh pembayaran saguhati RM1K bila agaknya..

  11. salam 1malaysia
    sy pula tiada buku merah,,,macam mana nak dapatkan.
    sudah 2tahun masih belum dapat lagi. unit lama ckp nanti akan pos,,,entah ke mana hilangnya,sy pun tak tahu??? bingungggg

    • sdr nizam74…cuba rujuk balik kat JRP atau JHEV berhampiran atau pegi ke unit lama anda . mulakan pencarian semula. selamat mencuba.

  12. Salam..prtnyaan tntg imbhan 1k,adakah layk sesorg prnh servis dlm prhdmatan dlm 10thn dan dibrhenti(para)…tlg terangkan sbb sy keliru’layk ke?

  13. Bilakah tarikh pembayaran tersebut.semua orang tahu Jan 2013.Tp bilakah tarikhnya?Pls reply.

  14. sye ni nk tnye mcmane dgn pemohonan sye lulus tk?borng sye dh pos ke pejabat veteran ATM MITC mlake..

  15. lepas dapat 1000 nanti harap pvtm atau pbtm berusaha untuk mendapatkan imbuhan 500 sebulan untuk tentera tidak berpencen yg berkhidmat 10 tahun keatas pulak la ye.Imbuhan selagi pesara tu masih hidup dan tidak diturunkan kepada isteri dan anak2 sekiranya pesara tu meninggal dunia..

    • Saya sokong cadangan Rahman agar bekas tentera yang tidak berpencen diberi imbuhan rm 500 sebulan. Ini dapat meringankan kos kehidupan mereka dan menghargai jasa-jasa mereka. Mereka juga telah berkorban jiwa dan raga untuk negara tercinta. Kami bekas warga yang tidak pencen bukannya meminta yang bukan-bukan tetapi sekadar penghargaan kepada pengorbanan yang telah kami lakukan.

  16. Bila agaknya pembayaran pemberian RM1k ni…?

  17. bukan ke yg bukan pesara tentera dh dpt duit sara hidup setiap bulan? aboh saya pencen tentera,mak saya x pencen tp bekas tentera dan berkhidmat selama 12 tahun..dua2 ibu bapa saya adalah tentera,bg saya hal ni xda kena mengena dgn hal politik.mak gan aboh pun politik lain2.xda pun nk kecoh mcm org.tiap2 tahun pun tentera dapat sumbangan hari raya rm500 ke atas,dan mana yg berjasa dpt rm1000..tiap2 thn ada pe..dh dpt rezeki mak gan aboh alhmdulillah la…dah rezeki mereka…

    • salam,
      kerajaan buat tidak adil,,,org yg tidak berpencen,sebelah mata pun tidak di pandang.sy tak buat 1k sebab buku merah tidak ada.sy nie di buat seolah2 macam kominis,,,inikah balasan yang sy dapat setelah b’khidmat 15thn

      • Memang benar kenyataan Nizam74nizam74 warga tidak berpencen hanya dipandang sebelah mata. Walaupun tidak dapat berkhidmat selama 21 tahun antara kami ada yang telah berkhidmat 10, 13, 15 dan 18 tahun. Kebanyakan kami membawa haluan masing-masing sebab tiada pembelaan dari persatuan ataupun pihak berkenaan. Pihak berkenaan cuba buat kajian dan buka mata atas masalah kami warga tentera tidak berpencen.

    • Yang telah pencen berkhidmat 21 tahun dapat pencen setiap bulan tetapi macam kami warga tentera tidak berpencen mana ada dapat duit sara hidup setiap bulan…awak kena faham perbezaan tu.

      • Jas… Pencen untuk yang bersara adalah duit mereka sendiri dari caruman LTAT (caruman kerajaan 15%) yang mana dibayar dalam bentuk pencen. yang berhenti awal sudah pun menerima semua sekali caruman diri sendiri dan kerajaan semasa berhenti. So awak nak minta duit apa lagi?…masa nak berhenti dulu takkan tak faham kot perkara ni.?… so tak perlu irihati dgn kawan2 berpencen .

  18. salam,
    ayah saya sudah tersalah bagi no akaun yang sudah tidak aktive..adakah pembayaran di buat melalui akaun bank atau melaui baucer?TQ

  19. Aslkm, masih boleh memohon ka bantuan rm1000 ni, saya belum memohon sedangkan saya tengok iklan tarikh sampai 31.12.2012 saja

    • Datang segera ke pejbat JHEV berhampiran. Masih boleh bincang tu

      • untu pengetahuan admin saya ada bebrapa cadangan bagi naik taraf anggota tentera yang berpencen…supaya bekas anggota tentera tersebut benar2 rasa jasa mereka dihargai dan dikenang2…kalau setakat bagi 1k 2k setiap tahun tidak memadai…itu serupa main tarik tali….

  20. saya diberhentikan atas kesalahan tinggal tugas,hukuman penjara awam,layak atau tidak memohon bantuan RM1000

    • Sila bawa buku merah dan berjumpa mana2 JHEV yang berhampiran. Disitu mereka boleh membuat penilaian samada layak atau tidak. selamat mencuba.

  21. saya nak tanya bilakah pembayaran RM1000 one off kepada bekas anggota tentera yang tidak berpencen di melaka terima kasih

  22. ada yang berhidmat 10 tahun dalam tentera,tetapi diberhentikan atas tatatertib diberhentikan itu sudah kira hukuman..tetapi kenapa mereka tidak layak dapat 1000 itu..?,jika begitu..anggota tentera yang tamat atas sebab para 49(l)tidak perlulah undi BN..

    • sdr ahmad saberi. memang diberhentikan itu adalah satu hukuman. Bersama dengan hukuman itu ialah tiada pengiktirafan anggota tsb sebagai anggota tentera. Maknanya bila berhenti, beliau tidak dikira sebagai bekas tentera. Itulah impak kepada penderhakaan kepada perkhidmatan yang merupakan pilihan sendiri. So jangan salahkan orang lain.

      Manakala membebri Sokongan kepada mana2 parti adalah tiada kaitan. Nak pilih BN or PR sebagai wadah perjuangan adalah atas kehendak sendiri juga. Kalau berhenti cara baik serta berpencen pun sangat ramai angkanya yang menyokong PR.

  23. salam..saya nak bertanya bagi pihak bapa saya adakah bayaran RM1000 ni secara berperingkat?

  24. Bgmana nak tahu, kita akan dibayar tunai atau di bank in ke akaun bank. Lagipun, jika hendak diberi secara tunai, kenapa perlu diphostatkan buku akaun ? – YopSeaguy

    • …kepada sesiapa yang sudah menerima surat untuk pembayaran, ianya akan diberi secara tunai dalam majlis tersebut. Apapun no akaun bank yang diminta itu adalah sebagai backup andaikata penyerahan tidak dapat dibuat maka wang tersebut akan di bank in .allahuallam

  25. kenapa x jwb bila tarikh pembayarannya, kata awal bln 1 jan, saya dah pun dapat surat jwpan tarikh pembayaran akan diberitahu kelak,nie dah nk abis bln 1, sonyap yo

    • harap bersabar , pengurusan pembayaran sedang berjalan sekarang. siila berhubung dengan JHEV berhampiran jika masa tsb sudah terlalu lama.. dikuatiri ada kesilapan dimana2 .

      • Salam saya difahamkan oleh kawan2 dijhev bahawa duit 1000 bagi kawasan shah alam akan diberi oleh PM sendiri,tempat dan tarikh akan diberitahu kemudian.Bagi orang2 Melaka difahamkan diberi pada 27hb jan 2013 tempatnya tak pasti cuba berhubung dengan jhev yang terdekat.Yang ni saya tahudari orang melaka sendiri.wallahualam.

  26. Saya renjer nombor tentera:1013210 Vikrama Charles Hendricks ingin mengetahui bilakah tarikh akhir untuk memohon bantuan RM1000 untuk ahli PBTM dan apakah syarat-syarat kelayakannya dan tarikh penutup kerana walaupun saya seorang ahli PBTM saya masih belum dimaklumkan tentang perkara ini sila ambil perhatian kerana ini adalah suatu perkara yang amat bermakna bagi ahli-ahli seperti kami.Sekian terima kasih saya yang menurut perintah Di minta pihak berkenaan membantu saya.

    • Salam.. sy kehilangan buku merah dn sy join askar tp kerahan utk 2 tahun. Layakkah utk dpt 1000? Tq

      • sdr farizul… pada hemat saya sdr berhak untuk mendapatkannya. cuba berhubung dgn JHEV terdekat untuk mendapatkan buku merah dan proses seterusnya.

    • Salam.. sy kehilangan buku merah dn sy join askar tp kerahan utk 2 tahun. Layakkah utk dpt 1000? Tq..

    • saudara debbie hendrick..sila berhubung dgn JHEV berhampiran untuk maklumat dan tindakan lanjut.

  27. suami saya seorang bekas tentera yg berkhidmat kurang dari 21 tahun. beliau telah memohon untuk RM1,000.00 akan tetapi permohonan dilakukan pada saat2 akhir dimana pihak JHEV telah meminta agar suami saya menghantar sendiri borang tersebut ke Kuala Lumpur. Soalan saya ialah :-

    (1) Suami telah menghantar borang tersebut melalui kurier namun demikian masih belum menerima sebarang jawapan; dan

    (2) Suami saya seorang muflis. Jadi, bagaimanakan bayaran akan dilakukan.

  28. Bila plak kawasan johor bahru ni nk dapat

  29. saya nak tanya bagi pihak ayah saya, surat dah dapat mengatakan permohonan anda lulus, tapi tarikh pembayarannya masih lagi belum dapat. Adakah Vetaran hantar ke Cawangan-cawangan PBTM? atau tunggu surat lagi?

  30. saya nak tanya bagi pihak abang saya… bagaimana pula dgn permohonan yang lewat, masih ada peluang ka nak dapatkan bantuan tu???? please reply ASAP

  31. syukur la dpt rm1000 tu. jangan sja x bagi sudah. apapun bagi lagi tahun demi tahun. boleh juga tambah duit poket tukar tahun.

  32. Saya diarahkan mengambil wang di Kulim, Kedah tapi saya tak dapat hadir kerana sekarang saya bekerja di Kinrara. Macamana saya nak ambil?

  33. Akum.bila pule nak dpt rm1000 ni?tgu2 takde berita pun.bila nak buat kat jb ni?

  34. saya berhenti 15th cara baik.dah isi borang.tapi duit sagu hati tak dapat.bagaimana duit sagu hati RM1000.Di buat pembayaran.kata melalui akaun bank.tapi tak ade pun.

  35. Saya bagi pihak suami ingin bertanya. Suami berkhidmat dgn tentera selama 15 tahun. Semasa dalam perkhidmatannya pada tahun 1996 beliau mengalami kemalangan jalanraya dan mendapat kecederaan pada otak. Tetapi diberhentikan pada tahun 2000 bukan alasan sebab kesihatan tetapi sebaliknya. Sehingga kini beliau disahkan mengalami gangguan ketidakstabilan mental dan masih mendapatkan rawatan dan dirujuk ke Hospital di Klinik Psikiatri. Saya ada mohonkan utk saguhati RM1000. Malangnya sehingga kini jawapannya mengecewakan. Soalannya bolehkah saya membuat rayuan bagi pihak suami ??? dan adakah yang dinama bekas tentera yang tidak berpencen atas alasan apapun layak menerima saguhati atau hanya bekas tentera yang tertentu sahaja yang layak mendapat saguhati tersebut. Apa yang saya faham dan mungkin yang lain diluar sana sama pendapat dengan saya apa yang diumumkan oleh PM dalam bajet 2013 Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000 dan tidak pula tiada menyatakan hanya bekas tentera yang tak berpencen samada diberhentikan atau menarik diri dan sebagainya tidak layak mendapat saguhati tersebut tanpa mengira apa jua alasan. Bagaimana pula dengan suami saya dan mereka yang pernah berkhidmat untuk negara lebih 10 tahun tak diambilkira untuk saguhati dan lain-lain keperluan. “Janji ditepati”. Tq

  36. salam,sy nk tnya di mana ya nk dptkn borng utk di isi? ade secara online x?

  37. permohonan sayautk dpatka bantuan bagi tentera yg tak berpencen tidak diluluskn permohonan itu telah saya kepilkn bersama lapuran polis disebabkn kehilangan buku merah jd bagaimana harus saya lakukn

  38. As salam, boleh tolong check kan tak utk bapa saya..Dia dah hantar borang tapi belum dpt apa2x jawapan. Nama bapa sy Haji Ahmad bin Husin. no askar wataniah – 177211. No i/c: 470315-08-5827. Terima kasih.

  39. Saya belom terima itu RM 1000.00. Dekat mana saya bolih check

  40. Kenaikan gaji anggota pencen tak ada ke. Sebelum mengundi. Bagi moral pada pesara tentera. Rm 800.00 cukup la.

    • Soalan *cepumas* yang saya jangkakan pasti akan diketengahkan olih VETERAN kita! Tepat sekali ramalan saya!
      Jadi…..apa akan berlaku terhadap…..”gesaan; permintaan; sindiran; ugutan” yang dikemukakan olih saudara Ku Ali? Tidak dinafikan bahawa…..90% veteran tanahair akan/telah setuju dengan pendapat penulis kita ini. Mau tak mau, saya yakin kerajaan akan tunduk kepada permintaan merika. Sampai bila ye?

  41. saya bekas atm tidak dapat rm???? kenapakah pilih bulu merujuk kesalahan lagi itu pilih bulu sangat2 huh

  42. Untuk makluman setakat hari ini bayaran “One Of” RM1000 unt bekas tentera yang tidak berpencen hanya dibayar kepada mereka yang mempunyai dokumen yang lengkap iaitu Buku Perkhidmatan atau bukti perkhidmatan dan diberhentikan dengan rekod yang baik. Bagi mereka yang diberhentikan dibawah tindakan tatatertib, setakat hari ini permohonan mereka tidak diluluskan. Walau bagaimanapun pihak atasan telah membawa perkara ini ke peringkat selanjutnya. Sekian terima kasih….

  43. slm saya 715145 ingin bertanya bagaimana status permohonan one off saya yang dipohon dalam bulan april 2013

  44. SLM 1 malaysia saya ingin bertanya adakah saya layak mendapat saguhati ini kerana bapa saya bekas tentera 133793 sudah meninggal dunia,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: