Kaji gaji, pencen tentera

sumber utusan
Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) meminta kerajaan mengkaji semula skim gaji dan pencen anggota tentera sedia ada supaya kerjaya itu menjadi pilihan ramai termasuk bukan Melayu.

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada anggota yang sedang berkhidmat tetapi juga bekas-bekas tentera.

Beliau berkata, sehingga kini, gaji anggota tentera masih berada pada tahap rendah menyebabkan kerjaya tentera tidak begitu diminati ramai.

“Skim gaji yang lebih tinggi itu secara tidak langsung akan membantu anggota tentera untuk menikmati kehidupan lebih baik selepas bersara nanti.

“Apa yang lebih penting, kenaikan gaji itu juga mampu menjadikan kerjaya tentera sebagai pilihan utama dan menarik lebih ramai bukan Melayu menyertai pasukan tentera,” katanya ketika dihubungi¬†Utusan Malaysia¬†di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan PBTM menjelang Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini.

Sementara itu, Muhammad juga berharap kerajaan akan memberi kenaikan pencen kepada pesara tentera yang berkhidmat selama 21 tahun kerana kenaikan sebelum ini hanya membabitkan pesara yang berkhidmat melebihi 21 tahun.

“Lebih 36,000 bekas tentera yang berkhidmat genap 21 tahun juga perlu mendapat kenaikan yang setara.

“Mungkin sebelum ini kerajaan terlepas pandang dan diharapkan golongan tersebut juga diberi perhatian khusus dalam pembentangan bajet akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan perkara tersebut kerana ia memberi gambaran jasa mereka sepanjang berkhidmat sebagai anggota tentera khususnya ketika menentang komunis juga dihargai.

About these ads

6 Responses

  1. Suatu cadangan yang menesabah…..but, its long overdua! Pada saya….Presiden PBTM hanya pandai cakap saja…..im sure he’s never serious in his work. Dia peduli apa dengan nasib ahli-ahli PBTM. He’s a multi-millionaire. Ha2!

  2. Lanjutan kepada komen saya pada jam 11.05 pagi tadi…..sayugia diingatkan bahawa PBTM telah ujud sejak 1920s (jika tidak salah). Mak datuk…..lama itu! Dan Presiden kita ini telah menerajui jawatannya lebih dari 25 tahun. Apa telah beliau lakukan selama ini, selain dari melawat ahli PBTM yang uzur; menghulurkan sumbangan kerajaan (bukan duit beliau); dan merasmikan mesyuarat di seluruh negara, dll.
    Dia itu millionaire bukan? Cuba tanya beliau…..berapa orang veteran yang mendapat menefaat dari bisnes beliau? Saya di fahamkan bahawa beliau ini susah hendak disingkirkan dari jawatannya. Sudahlah itu……give some others the chance to serve….if you can’t do a better job.

  3. Bagus cadangan tersebut, namun bagi saya susah nak tarik bangsa lain untuk join ngan ATM ni selagi semangat patriotik kurang..masalah gaji mungkin tidak timbul kerana..kalau di lihat bangsa Cina yang sanggup kerja sebagai salesman dekat Supermarket ngan gaji hanya RM900 jerk..sedangkan tawaran gaji ngan ATM lebih tinggi…

    Rasanya semua ni bukan masaalah gaji , sebab ATM ni dah sinonim ngan orang Melayu, cuba kita perhatikan pekerja Bandaran yang tugasnya mencuci jalanraya, ada ke nampak bangsa Cina? yang nampak hanya Melayu je…

    Sebabnya mereka lebih suka berkerja sendiri dan dengan bangsa mereka sendiri dan tak sampai pun 10% wujudnya mereka dibandingkan ngan bangsa Melayu dalam perkhidmatan Kerajaan.

    Bagi saya bukanya soal Gaji Tinggi atau Rendah..tetapi sikap mereka sendiri yang memang dah tepu dengan diri mereka….fikirkan..

    • Saudara Askar Pencen,
      Kenyataan anda bahawa bangsa Cina Malaysia kurang semangat patriotisma terhadap bangsa, negara dan raja……adalah sama sekali tidak tepat. Saya katakan sedemikian kerana saya…..termasuk rakan-rakan cina dan india, telah berkhidmat didalam ATM pada suatu ketika dulu. So….never say that we (the chinese, indians and the others) are not patriotic.

  4. Apa yang diperlukan dalam hidup adalah wang yang digunakan untuk menyara keluarga setelah bersara dari ATM. Saya rasa tidak salah kalau kerajaan sentiasa membuat kajian tentang taraf hidup anggota ATM yang telah bersara.janganlah dibandingkan pesara ATM dengan pesara perkhimatan awam kerana rata -rata pesara ATM bersara pada usia 40_an.justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan menilai kehidupan pesara ATM yang rata-rata terus dihimpit kemiskinan.olih itu saya mencadangkan pihak JHEV menkaji semula pencen untuk pesara ATM sesuai kenaiikan gaji yang disandang sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: