Pesara tentera disaran cari kerja sesuai

sumber: Utusan online

KUALA LUMPUR 26 Jun – Bekas anggota tentera diingatkan supaya tidak mensia-siakan pengalaman ketika mengikuti latihan sepanjang kursus peralihan dan mencari kerja bersesuaian dengan kemahiran yang diperoleh.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, beliau kecewa apabila ada pesara tentera menceburi pekerjaan baru yang tiada kaitan dengan latihan yang diterima sewaktu kursus peralihan berkenaan.

Menurut beliau, ini menyebabkan mereka akhirnya melupakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dipilih sendiri dalam kursus tersebut.
“Apalah gunanya latihan yang diberi seandainya mereka akhirnya memilih untuk menjadi pemandu teksi?

“Saya percaya, latihan asas kemahiran begini mampu menjana pendapatan yang baik. Ada antara mereka menggunakan sepenuhnya ilmu diterima dan berjaya menjana pendapatan RM15,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Penyampaian Sijil Pusat Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di Dewan Besar Perhebat di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah dan Pengerusi Perhebat, Tan Sri Ilyas Din.
Pada majlis itu, Abdul Latif menyampaikan sijil kepada 632 pelatih yang menamatkan kursus dalam pelbagai bidang termasuk 30 tenaga pengajar Perhebat yang menamatkan kursus Pegawai Latihan Vokasional (VTO).

Pada masa sama, beliau menjelaskan, kementerian kini berusaha untuk menambah kampus Perhebat di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai bakal pesara menerima latihan sebelum menamatkan perkhidmatan.

Jelasnya, sebagai permulaan, kampus Perhebat Wilayah Selatan akan dimulakan pembinaannya di Melaka tahun depan.

About these ads

13 Responses

  1. Anonymous said…

    HAKIKATNYA PROGRAM KURSUS YANG DIANJURKAN OLEH PERHEBAT TIDAK LANSUNG MENDATANGKAN KEUNTUNGAN KEPADA ANGGOTA TENTERA APABILA BERSARA KELAK. INI TELAH TERBUKTI BANYAK ANGGOTA TENTERA YANG MASIH BELUM MEMPUNYAI KERJA SELEPAS BERSARA. MENTELAH LAGI SIIL YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH PERHEBAT ADALAH TIDAK DITERIMA DIBANYAK SEKTOR SWASTA UNTUK BEKAS TENTERA MEMOHON PEKERJAAN. MALAH TERDAPAT RAMAI BEKAS TENTERA TERUTAMA LLP YANG TERPAKSA MENCARI REZEKI SEBAGAI PAK GUARD DISEBABKAN BEKAS TENTERA TIDAK DITERIMA DI PELBAGAI SEKTOR SWASTA ATAUPUN KERAJAAN. PERKARA INI DISEBABKAN BANYAK FAKTOR DAN SALAH SATU DARIPADANYA ADALAH FAKTUR UMUR. KEBANYAKAN BEKAS TENTERA YANG BERPENCEN MEREKA INI BERUMUR 40 TAHUN KEATAS DAN HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG BERUMUR 38 TAHUN APABILA MENUNAIKAN PERKHIDMATAN KE 21 TAHUN ATAU PUN KE 22 TAHUN. INI LAH REALITI SEBENARNYA PERMASALAHAN BAGI BEKAS TENTERA LLP.
    August 5, 2009 6:19 PM

    • Faktor tidak keberjayaan bekas tentera survived di dalam pencarian kerja atau berniaga selepas bersara tidak boleh dipersalahkan kepada Perhebat, jhev , pbtm malah kerajaan umumnya. pada saya ketrampilan, kemampuan pengurusan dan bebrapa aspek kesungguhan dan pengetahuan tambahan yang membantutkan keberjayaan mereka. Jika kemahiran sudah ditangan tetapi jika personal ability tidak mantap maka kerja yang paling senang ialah pengawal keselamatan. Itu pun sudah dikira beruntung. Malah ada yang lebih malang lagi MALAS melakukan sesuatu. Yang dia rajin ialah menyalahkan orang lain. wallahuallam.

      • kepada saudara j2k….saya ingin nyatakan bahawa pendapat saudara itu kurang tepat. Kalau benar saudara seorang veteran ATM…tentunya saudara ini adalah dari kalangan pegawai ATM atau saudara sekarang dalam kehidupan selesa….sebab itu saudara kata sedemikian. Saya ingin bertanya kepada saudara sekarang apa pekerjaan saudara buat sekarang. Kalau ketrampilan kemampuan pengurusan tip top …..dan kesungguhan tip top…..personal ability tip top….tapi kalau tak diberi peluang tak boleh buat beb. Saya mempunyai kemahiran yang ditimba semasa L/Peralihan dan mempunyai SKM tahap 2 Juruelektrik untuk mendapatkan Sijil Pendawai 1 tanpa endorsan kena tunggu setahun selepas dapat SKM 2 dan banyak lagi birokrasi yang terpaksa dilalui sebelum mendapat lesen. Dengan sijil dan kemahiran yang ada pun sudah banyak permohonan pekerjaan dimajukan tapi masih tak dapat kerja sebab umur. Nak buka syarikat sendiri sebagai kontraktor elektrik ????….. kemahiran telah ada ditangan dan modal hasil wang persaraan dah ada ….. bukan masalah personal ability tapi birokrasi dan tak ada nya peluang. PERHEBAT dan PBTM tidak perlu dipersalahkan tapi peranan JHEV dan Kementerian Pertahanan dipersoalkan. Orang yang tak rasa …mereka tak tau….. Panglima2 ATM lagi tak ambil tahu sebab mereka belum bersara lagi….jawatan telah menunggu mereka…mereka tidak pernah memandang ke bawah tapi memandang ke atas untuk mengaup bagi memenuhi perut mereka. JHEV dan Kementerian pertahanan dipersoalkan kerana apa salahnya diusahakan agar kontraktor2 bekas tentera memenuhi kerja2 di kem2 tentera. Bukan nak minta duit beb….tapi nak mintak supaya boleh diberi (peluang) kerja untuk dibuat. Cakap tak ada kesungguhan, tak ada ketrampilan, tak ada personal ability memang senang …tapi kalau semuanya ada tip top ….tapi peluang tak ada memang pahit beb. Masalah lain adalah kabeliti dan kenaliti dan rasuah…… veteran ATM adalah kontraktor orang baru dan berumur 40an dan nak bersaing dengan kontraktor orang lama umur 30an. Hidup kat luar ni yang penting kabeliti dan kenaliti dan kena rasuah sikit….baru dapat projek. Hidup kat luar ni personal ability no 2, 3 dan 4 beb. Sya bukan sekadar cakap…… saya telah menceburi bidang ini dan saya tau. Kepada semua ingin saya nyatakan hanya satu cara sahaja untuk membantu Veteran ATM…hanya satu sahaja perkataan untuk bantu veteran ATM bukan beri duit tapi satu perkataan itu hanyalah “P E L U A N G”.

        • salam saudara… pendapat saudara juga kurang tepat pada saya. Saya juga pesara LLP. Tak ada kursus kemahiran pun kat PERHEBAT. Saya tak ada apa2 kemahiran teknikal pun dari mana-mana pusat kemahiran. Masa service pun tak ada kemahiran teknikal kerana saya dari kumpulan operasi. Saudara lebih hebat kerana memiliki SKM Tahap 2.

          Sekarang saya berniaga sendiri iaitu runcit dan warung depan rumah dalam kampong. Saya langsung tak pandai berniaga sebelum ini. Walaupun di kampong saya hanya 5 minit dari bandar dan dikampong saya sendiri pun ada kedai runcit dan kedai makan yang lebih besar tapi saya cuba juga membukanya. alhamdulillah dari warung saya hanya guna RM 2.00 ais cube, sekarang warung saya dah menggunakan 4 bag ice cube. Saya berniaga bukan nak bersaing dengan sesiapa.

          Saya mulakan dengan modal kecil dan membuat peningkatan kepada membina kedai dengan duit bulanan persaraan dan keuntungan berniaga selepas 2 tahun berniaga. Beransur-ansur kata orang. Saya tak guna consultan dan jauh sekali membuat pinjaman. Saya tak perlu pecah kepala memikir.

          PELUANG sebenarnya ada di mana-mana cuma kita kena tahu mengenal pasti dan menggunakan peluang itu. Pada saya PELUANG bukan bermakna kita diberi projek beribu2. Saya menfaatkan peluang yang sudah ada tapi orang tidak nampak peluang itu. Dan saya merasakan saya berjaya walaupun peringkat awalnya saya mendapat gaji hanya RM 200.

          Saya rasa cukup kerana tuhan memberkati usaha saya dan DIA juga mencampakkan ‘rasa cukup’ dalam diri saya.

          Hidup saya tidak mewah tapi tiada hutang yang mengelilingi saya. Dengan mengusahakan PELUANG sekecil ini saya mampu berada di rumah 24jam di samping mengurus anak-anak sebaik mungkin. Saya kan dah bersara? Saya tidak mahu lagi bersaing untuk hidup mewah sehingga lupa kehidupan dunia dan tak berdaya untuk mengejar akhirat. Sekadar itu perbincangan ini…

        • salam, tak semua bekas2 anggota tentera bernasib baik diterima bertugas disektor awam atau swasta setelah tamat perkhidmatan samada berpencen atau tidak pertamanya adalah faktor umur, peluang untuk berkhidmat semula dalam kerajaan itu ada tapi adalah amat terhad. Ambil contoh diri saya terpaksa bersaing dengan orang2 awam untuk mendapatkan jawatan sekarang sebagai Pegawai latihan kemahiran di Institut kemahiran Belia dusun Tua, kalau dahulu semasa dalam ATM saya berterima kasih juga kerana berpeluang berkursus ambil bidang kemahiran sehingga melayakkan diri menjawat jawatan sekarang, pada bekas2 ATM jangan lah terlalu memilih kerja.

      • Assalamualaikum dan Salam Hormat. Saya berpendapat, komen yang diutara oleh saudara mamat ada kebenarannya dan realitinya. Kerajaan dan agensinya terlepas pandang tentang keperluan PELUANG kepada Veteran ATM. Saya beri satu contoh mengenai peluang Contohnya: Graduan …..kerajaan dan agensinya mengadakan Skim Graduan perantis PUNB, Skim usahawan Graduan dll …kenapa….. untuk menjaga nasib graduan yang menganggur…ini sebagai contohnya peluang. Kalau pasal kabeliti dan kenaliti….contohnya: Graduan A dan Graduan B…. sama-sama trampil dan personal ability mantap dipanggil temuduga kerja tapi Graduan B dapat kerja….. bukan kerana personal abilitynya tapi kerana kabeliti dan kenalitinya. Semua ini adalah realiti dan bukannya rekaan. Personal ability perlu ada tapi macam saudara mamat kata itu perkara no 2 dan seterusnya. Orang dalam keadaan selesa memang akan cakap pasal trampil, personal ability tapi orang kurang selesa cakap pasal kabeliti dan kenaliti, tak ada peluang dsb. Kerja sebagai GUARD memang tak salah….asalkan kerja dengan pendapatan yang halal tapi bersara tentera jadi guard menunjukkan tiada peningkatan hidup….. Veteran kerja guard kerana kerja guard tak perlu umur dan senang dapat berbanding kerja lain yang menjadi rebutan. Kerja guara 12 jam dan pendapatan RM 400 ke Rm 500 sebulan. …… Nak jadi buruh pun boleh tapi tak ramai yang nak jadi buruh kerana umur dah 43 – 45 tahun….jadi tak mampu. Veteran bukanlah PEMALAS seperti yang dinyatakan oleh j2k……TAPI yang benar dan kebenarannya mereka perlukan PELUANG. Wallahualam.

  2. PESARA ATM
    Suatu perkara yang saya nak beritahu…..Siapa yang tak nak hidup senang……siapa yang nak hidup susah…jawapan kepada kedua-duanya adalah TIADA. Ketahuilahhhh selepas latihan peralihan tiada apa peluang pun yang diberikan….. terpaksa bermula dari A atau dari angka kosong(0). Kalau kursus peralihan ambil kursus juruelektrik dan dapat SKM 2 atau PW 2 pun sapa yang nak ambil mereka bekerja…sebab faktor umur. Kalau nak jadi kontraktor elektrik pun mana nak dapat peluang dapat projek MEREKA NI NAK PELUANG …. Kementerian Pertahanan, JHEV dan PERHEBAT JANGAN PANDAI CAKAP JE.
    baca kat sini la baru tau:
    http://persaratenteraterabai.blogspot.com

  3. August 5, 2009 6:19 PM
    Anonymous said…

    memang betul sebagai menyokong pendapat tersebut, saya sendiri telah mengalaminya dimana sudah sepuluh kali pergi temuduga dengan jawapan yang manis iaitu ‘kami dapati encik berkelayakan ,tunggu kami akan hubungi encik’ sampai sekarang satu syarikatpun menawarkan pekerjaan. jika begini memang ramai ambil jalan mudah jadi pak guard tak pening kepala.Nak jadi kontraktor tak ada pengalaman nanti kena tipu pulak, lagi pulak nak dapat tender kena ada kroni dan syarat yang remeh.

  4. bagaimana pula dgn nasib bekas pegawai tentera yang masih mampu untuk bekerja?? Untuk mencari peluang pekerjaan amat sukar kerana beliau berpangkat dan hanya blh bekerja dalm bidang tertentu sahaja

  5. Salam Bro,
    Apa yang skot skot semua memberi pandangan adalah betul, saya berhenti 13 tahun dan amat mentah dalam dunia army, saya sekadar hendak bercerita tentang apa yang telah saya lalui, pengalaman tak banyak, sijil perhebat pun x ada, kursus peralihan sebagai sale manager di sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham (BSKL) dasyat tu, bila sebut manager gaji atau elaun mesti banyak.. sangkaan saya meleset ada job adalah elaun untuk anak isteri, jika x ada seminggu x ada job g kerja naik basikal, kira setelah tamat perkhidmatan dan adalah dalam setahun gak saya bekerja, akhirnya saya mengambil keputusan berhenti, dan bekerja buruh kontrak bangunan sebagai pendawai elektrik (belajar dengan budak Burma), belajar ketuk batu bata pasang trangking wayer, tarik wayer lampu, Air Con, water either, dan sebagainya yang berkaitan dengan elektrik, sehingga projek bangunan siap ( hotel Antarabangsa) hampir lima tahun, saya adalah satu satunya anak tempatan yang berkerja sebagai buruh kontrak di bangunan tersebut… apabila bangunan siap, Residen Engginear telah memberi saya peluang belajar secara Out Campus di IPTA awam dalam bidang Makanikal n Elektrikal, bukan tajaan tapi pinjaman bank dan saya tamat diploma pada tahun 1998 dan seterusnya menyambung dalam Bachelor dalam bidang yang sama, dan Graduat pada tahun2003, ketika itulah saya dilantik sebagai site Engginear kepada projek Makanikal dan elektrikal, pada tahun 2005 saya membuat permohonan untuk melanjutkan Pelajaran melalui kerajaan dan terpilih untuk melanjutkan dalam Master Elektrikal dan seterusnya memohon untuk menjadi Pensyarah Di IPTA , Alhamdullilah Kini saya sebagai Pensyarah Di IPTA dan akan Bergeraduat Phd pada bulan Oktober ini, Rentitan Perjalanan ini bukan satu perkara yang melibatkan ideologi sahaja, Ramai orang bila bercerita mengambil jalan mudah sahaja, Siapa yang memberi suntikan semangat, bila kita melihat Anak, Isteri, anak orang lain, ni lah nasib Kita, kepada skot skot, cuba cuba lah bekerja sebagai pendawai dahulu tunjukkan skill kita, apa yang kita dah belajar di perhebat, kerja dan mengharapkan hasil yang ikhlas, pasti Allah akan merestui apa yang kita lakukan,
    SELAMAT MENCUBA

  6. salam,saye ade sedara yg telah pencen pilihan dari TLDM.kire sblm ni die nurvey.
    boleh sesiape tlg cadangkan mcmn die nk cari keje n nk dptkn keje selain guard..
    kalu nak berniaga plak mcmn?
    tlg lah kwn2 bg cadangan dan pandangan.

    • Kalau takde pengalaman/ kelulusan elok kembali ke pangkal jalan iaitu berhubung dengan PERHEBAT, pilih kursus/kemahiran yang sesuai dengan minat dan kemampuan. Bila dah ada asas boleh cuba minta kerja atau bisnes sendiri. Insyaallah.

  7. SKIM KHAS PINJAMAN BANK UNTUK PESARA KERAJAAN, TENTERA,POLIS, DAN BALU

    Syarat syarat dan kelayakan ;

    • pesara kerajaan, tentera dan balu
    • pencen RM750 ke atas
    • tempoh bayaran balik sehingga umur 70 tahun
    • Tempoh pinjaman dari 3-15 tahun
    • Pinjaman dari RM5,000-RM100,000
    • Interest 5%
    • Blacklist CCRIS CTOS boleh memohon

    Boleh digunakan untuk ;
    • Melangsaikan hutang kereta/rumah/credit card
    • Membesarkan/memulakan perniagaan
    • Mengerjakan umrah/melancung
    • Membaiki/membesarkan rumah
    • Dan lain lain

    Bantuan akan di hulurkan sehingga berjaya, Insyaalah.

    Harap dapat dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang mungkin memerlukan pinjaman ini untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan cara yang selamat ini.

    CEPAT ! ambillah peluang ini sebelum skim ini ditamatkan.

    Hubungi : 013 2392990 Ab Rahim
    email: abrahim_my@yahoo.co.uk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: